HalalXPlorer Logo
harga tiket & waktu operasi zoo johor
20 March 2025

Zoo Johor: Waktu Operasi & Harga Tiket 2025

Kongsikan:

Nak lepak dengan singa & tapir? Zoo Johor dah buka balik!

Zoo Johor: Waktu Operasi & Harga Tiket 2025

Selepas bertahun-tahun naik taraf, Zoo Johor kini kembali dengan wajah baharu dan lebih banyak tarikan best. Jom check out info penting sebelum korang plan trip!

Lokasi & Waktu Operasi

Alamat: Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi:

  • Ahad, Isnin, Rabu, Khamis & Sabtu: 9 pagi – 6 petang (Last entry: 5 petang)
  • Jumaat: 8.30 pagi – 6 petang (Rehat Solat Jumaat: 12.30 tgh – 2 petang)
  • Selasa: TUTUP (Kecuali cuti umum & cuti sekolah)
Zoo Johor: Waktu Operasi Tiket 2025

Harga Tiket 2025

  • Dewasa: RM10
  • Kanak-kanak: RM5

Apa Yang Best Kat Sini?

Koleksi Haiwan Rare

Dari harimau belang, singa, gajah, tapir, sampai ke burung eksotik—Zoo Johor ada lebih 100 spesies haiwan untuk korang explore.

haiwan di zoo johor

Aktiviti & Persembahan

  • Sesi bagi makan haiwan
  • Ceramah tentang pemeliharaan haiwan
  • Persembahan haiwan interaktif

Kemudahan Yang Mesra Pengunjung

  • Taman permainan kanak-kanak
  • Tandas & surau
  • Tempat rehat & pondok teduhan
  • Mesin layan diri untuk makanan & minuman
  • Kedai cenderamata Zoo Johor Souvenir Centre
taman permainan zoo johor

Info Wajib Tahu Sebelum Pergi

  1. Tiket hanya boleh dibeli secara walk-in (guna tunai atau kad debit/kredit di kaunter atau mesin tiket).
  2. Bawa MyKad/MyKid untuk pengesahan harga tiket warganegara. Kalau anak belum ada MyKid, bawa surat lahir.
  3. Tiada kedai makan buat masa ni, hanya vending machine disediakan dalam & luar zoo.
  4. Parkir di Penjara Ayer Molek & naik shuttle bus percuma setiap 15 minit ke zoo.

Nak Info Terkini? Follow Mereka!

Jangan lupa ajak family & kawan-kawan, sebab Zoo Johor makin power sekarang! #ZooJohor2025

Kategori, Tag dan Negeri
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA