Perak bukan lagi sekadar lokasi persinggahan antara utara dan selatan. Negeri ini kini sah diiktiraf sebagai negeri paling ramai menerima pelancong domestik pada tahun 2024 yang lepas dengan 10.2 juta kunjungan, menurut laporan Survei Pelancongan Domestik 2024 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 19 Jun lalu.
Angka ini bukan kecil anak weh ! Data terbaru ini menunjukkan peningkatan sebanyak 36.1% berbanding tahun sebelumnya (7.5 juta pelancong pada 2023). Mengatasi negeri-negeri besar lain seperti Selangor (9.6 juta pelancong) dan Pahang (9.5 juta pelancong), Perak kini berada di tangga teratas sebagai destinasi pilihan rakyat Malaysia.

Rahsia Tarikan Perak: Kombinasi Alam, Budaya dan Bandar
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Loh Sze Yee, kejayaan ini bukan datang bergolek.
“Ini hasil kerjasama erat pelbagai pihak, daripada kerajaan negeri, PBT, pejabat daerah dan tanah (PDT), NGO, sehinggalah peniaga serta rakyat biasa yang mencorak wajah pelancongan Perak,” katanya.
Antara lokasi paling popular yang menarik jutaan pelawat termasuk di Perak adalah :
- Teluk Batik – pantai mesra keluarga di daerah Manjung
- Lumut Waterfront – port lepak dan jalan-jalan petang
- Ipoh Night Market – syurga makanan dan barang tempatan
- Taman Rekreasi Gunung Lang – taman rekreasi ikonik dengan tasik dan bukit batu kapur
- Pulau Pangkor – pulau percutian bebas GST yang terus kekal relevan
Selain itu, lima daerah paling aktif pelancong adalah Kinta, Larut dan Matang, Manjung, Kuala Kangsar dan Batang Padang.
Kempen Tahun Melawat Perak: Tak Sia-Sia
Salah satu pemangkin utama lonjakan ini adalah kempen Tahun Melawat Perak 2024, yang digerakkan secara bersungguh-sungguh oleh kerajaan negeri bersama PBT dan PDT.
Kesinambungan kerjasama dengan kerajaan pusat juga membantu memperluaskan capaian promosi, meningkatkan infrastruktur dan memperkemas penyampaian maklumat kepada pelawat dalam dan luar negeri.
Apa Seterusnya?
Dengan pencapaian ini, Perak berada pada landasan kukuh untuk terus melonjak sebagai negeri pelancongan utama negara. Tahun 2025 menjadi medan penting untuk mengekalkan momentum, khususnya dengan perkembangan sektor pelancongan lestari, inisiatif digital, serta sokongan terhadap pemain industri tempatan – dari pemandu pelancong hingga ke pengusaha homestay dan kraf tangan.
Bagi pelancong tempatan pula, statistik ini menunjukkan satu perkara jelas, Perak bukan lagi sekadar laluan, tapi destinasi kena singgah !
Jadi kalau anda belum lagi jejak ke Lumut, belum sarapan kopi putih Ipoh, belum berendam di kolam air panas Sungai Klah, atau belum bergambar di tepi Tasik Cermin , ha ! mungkin inilah masanya untuk tukar haluan cuti anda ke Perak pula !
Excellent work on this ultimate guide! every paragraph is packed with value. It’s obvious a lot of research and love went into this piece. If your readers want to put these 7 steps into action immediately, we’d be honoured to help: https://meinestadtkleinanzeigen.de/ – Germany’s fastest-growing kleinanzeigen & directory hub. • 100 % free listings • Auto-sync to 50+ local citation partners • Instant push to Google Maps data layer Drop your company profile today and watch the local calls start rolling in. Keep inspiring, and thanks again for raising the bar for German SEO content!