HalalXPlorer Logo
visit malaysia 2026 campaign launched
08 January 2025

Malaysia Lancar Kempen Visit Malaysia 2026, Maskot Beruang Matahari Curi Tumpuan

Kongsikan:

Malaysia baru sahaja melancarkan kempen pelancongan terbesar Visit Malaysia 2026 (VM2026) dalam satu acara gilang-gemilang yang diadakan di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan MAB.

special liveries  Visit Malaysia 2026 campaign.

Acara tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan menampilkan pelbagai elemen baharu untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

pelancaran visit malaysia 2026

Logo dan Maskot Ikonik

visit malaysia 2026

Salah satu tarikan utama kempen ini ialah logo VM2026 yang direka dengan menonjolkan elemen budaya, keindahan alam semula jadi, dan daya tarikan global Malaysia.

airasia special liveries  Visit Malaysia 2026 campaign.
batik air special liveries  Visit Malaysia 2026 campaign.
malaysia airlines

Logo ini turut dipamerkan pada pesawat milik tiga syarikat penerbangan utama negara iaitu Malaysia Airlines, Batik Air, dan AirAsia, melambangkan kolaborasi strategik antara sektor pelancongan dan penerbangan.

maskot visit malaysia 2026 sunbear beruang borneo wira manja

Maskot rasmi kempen juga mencuri perhatian ramai. Beruang Matahari Malaya, yang sinonim dengan semangat mesra dan kebanggaan negara, dipilih untuk mewakili kempen kali ini. Kecomelan dan keunikannya dijangka menarik minat pelancong dari pelbagai lapisan umur.

Lagu Tema dan Acara Menarik

Untuk menambahkan daya tarikan kempen ini, lagu tema rasmi bertajuk Surreal Experiences turut diperkenalkan. Lagu ini menggambarkan keunikan magis Malaysia yang kaya dengan budaya dan alam semula jadi, memberikan inspirasi kepada pelancong antarabangsa.

Selain itu, pelbagai acara menarik juga telah dirancang, termasuk Malaysia Sarong Music Run 2025, yang bakal berlangsung pada 8 Februari 2025 di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Acara ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat tetapi turut meraikan warisan budaya pelbagai kaum Malaysia. Ia dijangka menarik lebih 20,000 peserta, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia di persada antarabangsa.

Sasaran dan Kolaborasi Strategik

Kempen VM2026 mensasarkan kedatangan 35.6 juta pelancong antarabangsa dengan hasil pendapatan RM147.1 bilion. Untuk mencapai sasaran ini, kerjasama erat telah dijalinkan dengan rakan strategik seperti Malaysia Aviation Group, AirAsia, Mastercard, dan Huawei. Gabungan ini bertujuan memperkukuh promosi global dan menyediakan pengalaman pelancongan yang inovatif.

Kempen Visit Malaysia 2026 bukan sahaja dijangka merancakkan sektor pelancongan negara, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan, termasuk sektor hospitaliti dan makanan. Dengan pelbagai inisiatif baharu ini, Malaysia bersedia untuk menjadi destinasi pilihan utama bagi pelancong antarabangsa pada tahun 2026.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA