Tiga syarikat penerbangan antarabangsa telah kembali beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumput (KLIA) bermula pada Oktober 2020 setelah menghentikan seketika operasi mereka akibat wabak pandemik COVID-19.
Syarikat penerbangan tersebut ialah British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu dari KLIA ke United Kingdom, Oman Air yang membuat penerbangan dua kali seminggu ke Muscat dan Ethiopian Airlines yang menerbangkan penumpang mereka ke Addis Ababa, yang merupakan ibu negara Ethiopia.
Selain itu, Pos Asia Cargo Express pula telah memperkenalkan laluan baharu yang dijadualkan 6 kali seminggu dan menggunakan pesawat B737-400F dari KLIA ke Sibu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, keyakinan syarikat penerbangan antarabangsa kini semakin meningkat dan bertambah baik kesan dari pelbagai langkah keselamatan yang diambil mereka bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh. Gambar Stok Bernama
“Terdapat 21 syarikat penerbangan kargo di KLIA.
“Walaupun ada penurunan statistik dalam bilangan kargo udara pada bulan Mac dan April, kekurangan kapasiti ini diambil penyelesaian segera oleh syarikat penerbangan kargo,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Data dari Januari hingga Ogos lalu menunjukkan bahawa operasi kargo dengan purata kira-kira 65,000 metrik tan sebulan berbanding sekitar 76,000 metrik tan tan sebulan pada tahun 2019.
Sumber : Kosmo!