Dim Sum adalah antara makanan masyarakat Cina yang menjadi kegemaran orang ramai tanpa mengira kaum dan bangsa. Malangnya, memang sangat susah untuk Muslim mencari Dim Sum halal tanpa ragu ragu.
Yang dikatakan halal di papan iklan atau 'sekadar di mulut' itu memang banyak. Tetapi kami percaya di Malaysia kita perlu mencari yang diyakini halal melalui sijil atau perakuan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Baru kita boleh gerenti halal ! Jadi, disini kami senaraikan restoran Dim Sum Halal yang diiktiraf di bawah JAKIM.
Regal Dim Sum @ The Limestone`s Restaurant, Regalodge Hotel, Ipoh
Terdapat pelbagai jenis Dim Sum yang korang boleh cuba ! Walaupun Dim Sum ni dijual di dalam restoran di dalam hotel tapi harganya tidaklah begitu mahal, harga bermula dengan RM2.30 untuk sebiji Dim Sum.
Waktu Operasi:- 7 AM- 10.30PM
Harga:- bermula RM2.30/seketul
Alamat:- Ground Floor, 131, Jalan Raja Ekram, 30450, Ipoh, Perak.
No Telefon:- 05- 2423241
Penilaian:-⭐⭐⭐⭐
Canning Dim Sum, Ipoh
Kalau anda datang makan Dim Sum disini , “Signature” Dim Sum mereka ‘Lau Sa Pau’ yang mengandungi 5 perisa, bijan hitam, telur masin, teratai, coklat dan keladi. Jika anda memilih Dim Sum yang dihidangkan bersama “abalone’, lala atau kepah harganya agak mahal dari biasa.
Sumber gambar:- facebook.com/cutibajet.co
Waktu Operasi:- 6.30 AM – 2.30 PM
Harga:- RM4-RM6 / sebekas
Alamat:- No 1, Lebuh Cecil RAE, Taman Canning, Ipoh, 31400, Kinta, Perak.
No Telefon:- 016- 2680535
Penilaian:- ⭐⭐⭐⭐
Skaters Dim Sum @ e Curve
Terdapat lebih 40 jenis dim sum yang dijual di Skaters Dim Sum ini. Fakta menarik tentang restoran ini ialah tiada “frozen dim sum” tetapi semuanya segar di buat ketika itu juga! Chef yang membuat Dim Sum ini juga bukan biasa-biasa , pernah menghidangkan Dim Sum beliau di serata dunia. Antara senarai makanan yang wajib untuk dicuba ialah Har Kau ( Prawn Dumpling ) dan Parslet with Chicken Dumpling.
Sumber gambar: facebook.com/royalechulandamansara, eatigo.com, ecurve.my
Waktu Operasi:- 10.00 AM – 10 PM
Alamat:- E- Curve, No 2A, jalan PJU 7/3, MUTIARA Damansara, 47810, Petaling Jaya.
No Telefon :- 03- 79599000
Penilaian:-⭐⭐⭐⭐
Greentown Dim Sum Café, Ipoh
Salah satu restoran Dim Sum yang termurah di Ipoh. Antara menu dim sum mereka yang paling laris adalah pau. Pau perisa telur masin , bbq ayam atau perisa yang lain memang lembut dan gebu. “Crispy Bean Curd Roll & Har Kau “ sangat rangup apabila dimakan . Jangan lupa “Pyramid Dumpling” kombinasi udang dan telur masin yang sangat melazatkan . Kami cadangkan anda untuk mencuba menu yang kami sebutkan di atas.
Sumber gambar:- facebook.com/greentowndimsum, facebook.com/faaraadnan, facebook.com/ foinziaburhan
Waktu Operasi:- 3.00PM – 6.30PM
Harga:- bermula RM5 / 3 ketul
Alamat:- 1, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450, Ipoh, Perak
No Telefon:- 05- 2552010
Penilaian:-⭐⭐⭐⭐⭐
Itu sahaja dari kami, Surgaroute !