Kali ini kami nak buat magic sikit, kami tahu ada beberapa tempat yang dilupakan dan kami dapat rasakan anda sudah lama tidak ke beberapa tempat pelancongan di Malaysia. kami senaraikan sebahagian, antaranya :
Gua Kelam, Perlis
Gua Kelam antara lokasi pelancongan yang memang terkenal di Perlis suatu ketika dahulu. Memang tak sah perjalanan ke Utara Tanah Air kalau tak singgah ke Gua Kelam. Namun, saban hari nama Gua Kelam ini semakin 'kelam' .
Tak tahu di mana salahnya, sejak kebelakangan ini sering kali terjadi kejadian banjir , yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan kawasan pelancongan tersebut. Antaranya adalah pada 2017 dan 2019.
Kejadian banjir di Gua Kelam , 2017
Sumber : Facebook Perlis aktif
Tetapi , mesti ramai yang tak tahu, Galeri 3D pertama di Perlis yang menelan belanja sebanyak RM150,000 telah dibuka di Gua Kelam pada akhir tahun 2019 yang lalu.
Dengar cerita, galeri 3D di Gua Kelam ini memang menawarkan konsep berbeza berbanding galeri 3D yang lain. Dikatakan Galeri Gua Kelam adalah merupakan satu pameran berbentuk penjelajahan dalam gua yang menerangkan khazanah hutan Malaysia melalui lima segmen pameran yang terdiri dari hutan Malaysia, flora, fauna dalam Taman Negeri Perlis, geologi dan sejarah perlombongan di Negeri Perlis serta pameran keunikan hutan yang diterjemahkan melalui gabungan pameran bahan grafik 3 dimensi (3D) yang diiringi bunyi- bunyi alam, pameran spesimen, artifak, replika gua dan banyak lagi. Menarik kan? Untuk lebih info, anda boleh baca disini
Zoo Negara, Hulu Klang
Sumber : Islamic Tourism Centre
Mungkin disebabkan perubahan usia kita, atau perubahan zaman yang membuatkan tempat begini tidak lagi dikunjungi. Tempat yang disukai kita sewaktu kecil dahulu kini ibarat 'hidup segan mati tak mahu'. Pelbagai isu timbul, antaranya kekurangan dana untuk penjagaan haiwan disebabkan kurangnya jualan tiket.
Disebabkan itu, pihak Zoo Negara pun telah melancarkan kempen 'Adopt Our Animals' untuk mencari dana bagi memelihara haiwan mereka. Jadi, kalau kita tidak lagi mahu ke Zoo Negara, kita juga boleh mengurangkan beban mereka dengan menghulurkan sedikit sumbangan.
Maklumat lanjut : https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html
Sumber : Zoo Negara
Pantai Morib , Banting
Sumber : Visit Selangor
Antara pantai yang menjadi pilihan warga Selangor untuk Day-trip dan Short escape bersama keluarga dahulu. Kini, tak ramai yang mahu pergi ke Morib, dan tidak keterlaluan kalau kami kata mesti ramai juga generasi baharu yang tidak tahu kewujudan Pantai Morib ini. Kan?
Mungkin di waktu tiada perjalanan rentas negeri ini, Orang Selangor bolehlah bersiar-siar di Pantai Morib ini.
Bukit Merah Laketown Resort , Gunung Semanggol
Sumber : sg.hotels.com
Kami yakin , ramai yang mengetahui Bukit Merah Laketown Resort. Sebelum kewujudan pelbagai taman tema yang besar-besar di Malaysia, inilah salah satunya Taman Tema yang paling menyeronokkan. Pihak pemaju iaitu MKLand pula mempunyai masterplan untuk membangunkan kawasan ini dengan cukup pesat antaranya kawasan perumahan berkonsepkan resort, kolej dan pelbagai lagi.
Tetapi, akhirnya Bukit Merah Laketown semakin kurang sambutan. Pelbagai unit apartment, townhouse akhirnya kosong. Tarikan-tarikan mereka juga kebanyakannya ditutup. Kalau tidak ditutup pun, ianya tidak dijaga dengan baik. Mungkin kerana faktor lokasi yang kurang sesuai , tiada sokongan infrastruktur yang baik, ataupun tiada pusat pengembangan ekonomi.
Tetapi, sejak kebelakangan ini nampaknya Bukit Merah Laketown Resort macam nak buat 'comeback'. Pelbagai pakej promosi dengan harga menarik ditawarkan untuk menarik kembali minat pengunjung. Antaranya adalah seperti pakej dibawah ini.
Sumber : Bukit Merah Resort
Jadi, mungkin anda boleh kembali rancang percutian bersama keluarga anda di Bukit Merah Laketown Resort. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi yang bersilih ganti :
https://www.bukitmerahresort.com.my/promos
Bukit Fraser , Pahang
Sumber : maisinggah
Jika kita sebutkan tanah tinggi di negeri Pahang, selalunya yang terlintas di fikiran adalah Cameron Highland dan Genting Highland sahaja, bukan ? Jarang sekali kita teringatkan Bukit Fraser. Kawasan ini telah ditemukan oleh Louis James Fraser yang membuka pusat perjudian buat para pekerja lombong.
Pada zaman penjajahan British, Bukit Fraser menjadi kawasan peranginan eksklusif para-para orang kehormat British. Namun, kini tidak ramai dari kalangan kita yang meminati kawasan ini walaupun keadaan disini lebih tenang berbanding Cameron Highlands.
Jadi, apa kata selepas ini anda boleh merancang percutian ke tempat-tempat pelancongan yang dilupakan ini.
Mahukan lagi info-info berkaitan pelancongan yang lebih menarik ? Terus ikuti kami di Surgaroute ! Kami Kongsi , Anda Terokai.