Halo halo ! 18 Jun nanti , Disneyland Hong Kong akan menjadi taman Disney kedua di dunia yang akan dibuka semula.
Disneyland Hong Kong ini adalah salah satu taman tema Disney terkecil dan dah ditutup pada 26 Januari lalu kerana krisis global COVID-19 , kecuali beberapa restoran dan hotel jer yang maintain dibuka.
Yang pertama dulu adalah Shanghai Disneyland , dibuka kembali pada 11 Mei. Lepastu, Shanghai Disneyland telah dijadikan penanda aras dan petunjuk bagaimana Disneyland lain patut dibuka. Antaranya adalah peraturan penjarakan sosial yang dikuatkuasakan , pemakaian topeng muka dan sebagainya.
BACA : SHANGHAI DISNEYLAND DIBUKA SEMULA
Jadi, nampaknya Disneyland Hong Kong akan mengikut langkah yang diperkenalkan di Shanghai. Para pengunjung diminta untuk membuat tempahan dalam talian sehingga tujuh hari lebih awal. Semasa tiba, suhu badan pengunjung akan diperiksa dan mereka juga diminta untuk memakai topeng muka.
Ahli Magic Access, yang merupakan pemegang pas tahunan taman tema itu pula, akan mendapat keutamaan untuk membuat tempahan.
Orang Melayu cakap, sekali bah sekali pantai berubah. Macam itu jugalah Hong Kong Disneyland ini apabila beberapa tarikan mungkin tidak lagi sama seperti sebelum era COVID-19. Buat masa ini, para tetamu tidak akan dapat memperoleh pengalaman dekat seperti bergambar dengan Mickey, Minnie dan lain-lain etapi akan dapat menikmati aktiviti yang dapat dilihar dari jauh seper
Sementara menunggu orang ramai kembali, Hong Kong Disneyland telah meneruskan kerja untuk menaik taraf tarikan terbarunya, Castle of Magical Dreams. Walaupun belum siap, pengunjung akan dapat melihat progress istana itu yang sudah memasuki fasa terakhir pembinaan.
Sumber : Disney Parks
Hong Kong Disneyland juga bekerja keras pada bahagian bertema "Frozen" baru, dengan kawasan yang bertemakan Elsa, Anna, Olaf dan watak-watak lain dari filem animasi tersebut.
Sumber : Disney Parks
Persediaan sebelum lawatan taman tema:
- Beli tiket kemasukan terlebih dahulu
- Tempah tarikh lawatan anda dalam talian
- Pasang aplikasi mudah alih rasmi
- Nantikan kemas kini dengan laman web mereka
Langkah keselamatan semasa lawatan ke Taman Tema:
- Saring suhu anda
- Pakai penutup mulut dan hidung dengan betul
- Kekalkan jarak sosial
- Nikmati hari ajaib!
Di luar China Hong Kong pula, peminat Disney masih perlu menunggu untuk mengunjungi taman tema mereka. Taman Disney di California, Florida, Jepun dan Perancis masih lagi ditutup. Bersabor yer yang lain.
Sumber : CNN