‘Hiking’ ataupun mendaki dan juga jungle trekking merupakan antara bentuk aktiviti rekreasi yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Memang bestlah sebab bukan sahaja aktiviti sihat dan dapat mengeluarkan peluh, tetapi hiking atau jungle trekking menguji ketahanan mental dan fizikal selain dapat memberi kepuasan menikmati kehijauan dan ketenangan alam semulajadi yang jauh terasing dari hiruk pikuk kota. Kaki hiking memang masak sangat dengan manfaat dan kepuasan hiking ini.

Namun malangnya sebelum ini, sebarang aktiviti pendakian, perkhemahan atau ‘jungle trekking’ atau rekreasi lain dalam hutan tidak dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ramai kalangan kaki panjat gunung dah gatal-gatal untuk pergi hiking semula.
Kini pula, berita baik untuk semua ‘kaki hiking’ apabila aktiviti tersebut telah diperincikan selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa mendaki adalah antara aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 15 Jun ini. Wah, Bestnya !

Boleh hiking tetapi ada syaratnya
Tetapi, pendaki perlu mematuhi amalan jarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Pendakian gunung dibenarkan bermula 15 Jun 2020,” menurut jawapan ringkas KBS terhadap pertanyaan netizen di laman Facebook rasminya, KBSMalaysia, berhubung perkongsian SOP sukan yang dibenarkan dan dilarang oleh kerajaan.
Sebelum ini, ramai pendaki keliru sama ada aktiviti mendaki dibenarkan atau tidak di bawah kategori rekreasi dan riadah. Sekarang ini secara rasmi dah boleh pergi hiking tetapi antara SOP yang diberikan oleh kerajaan adalah aktiviti tersebut hanya boleh dilakukan pada siang hari jer dan dilakukan dalam kumpulan tidak melebihi 20 orang tau.
Sumber : Blog Traveloka
Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Yussainy Md Yusop, berkata pihaknya perlu mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan virus COVID-19 masih ada.
Katanya, mereka yang memasuki hutan boleh membawa bersama virus itu dan jika jatuh sakit atau menunjukkan gejala seperti demam ketika dalam hutan, ia membahayakan pasukan penyelamat.
"Mereka (penyelamat) terpaksa buat persiapan rapi termasuk menyediakan set lengkap pakaian pelindung diri (PPE) semata-mata mahu menyelamatkan orang dalam hutan yang kita tidak tahu apa simptom sebenar pesakit itu,"
Mohd Yusainy Md Yusop
Tetapi, Encik Mohd Yussainy berkata, pengunjung masih mempunyai pilihan lain untuk melakukan aktiviti berkenaan yang tidak memerlukan mereka untuk bermalam dengan membabitkan tempoh pendakian sehari dan jarak denai tidak jauh contohnya Gunung Irau dan Mossy Forest, Cameron Highlands serta Gunung Ledang, Johor.
Beliau berkata, aktiviti air seperti mandi di kolam awam, kolam takungan dan kolam air terjun juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Malah, aktiviti sukan lasak seperti 'motorcross'; 'ATV'; 'mountain bike'; 'rock climbing'; serta aktiviti tali seperti 'abseiling' dan 'wall climbing' pun dilarang juga tau.
"Penganjuran kem motivasi dan summer camp di mana penganjurnya adalah persatuan rekreasi atau syarikat motivasi yang menggunakan kemudahan dalam hutan simpanan kekal juga adalah dilarang sama sekali.
"Bagaimanapun, pihak berkuasa negeri boleh menimbangkan pertambahan senarai aktiviti yang dibenarkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian,"
Jika korang gemar untuk ‘hiking’, korang mungkin telah sedia maklum akan manfaatnya.
Mohd Yusainy Md Yusop
Pastinya korang kini tidak sabar untuk kembali hiking dan jungle trekking, bukan? Jom , manfaatkan kelonggaran yang telah diberikan tapi mesti sentiasa menjaga keselamatan diri dan patuh pada garis panduan yang ditetapkan. Okay?