HalalXPlorer Logo
edu-railtourism ktmb
28 May 2020

Ramai Tak tahu ! KTM Berhad punyai Pakej Edu-Rail Tourism

Kongsikan:

Mesti ramai tak tahu , Keretapi Tanah Melayu Berhad , dikenali KTM Berhad ( akan disebut sebagai KTMB selepas ini) sebenarnya mempunyai pakej pelancongan rel berkonsepkan pelajaran (Edu-Rail Tourism ! Mesti selama ini kita fikir KTM Berhad (KTMB) ini kerjanya hanya membawa pengguna massa (Mass consumer) saja, kan?

Sedangkan, pakej pelancongan ini dah wujud sejak 2004 lagi ! Tapi, memang tak diketahui ramai. Jadi, memang tugas kami untuk berikan info sekadar pencarian kami mengenai produk pelancongan yang tak terkenal ni.

1. Pakej Jom Ronda-Ronda

Ini adalah pakej yang diperkenalkan sejak 2004. Cuma, ketika itu hanya 3 pakej ditawarkan kemudian sehingga kini mereka menawarkan 7 jenis pakej berbeza. Pakej ini mendapat kerjasama daripada unit KTM Holidays dan Event Management.

Pakej berbentuk pendidikan ini bertujuan memberi pengalaman menarik kepada orang awam, khususnya kanak-kanak menaiki tren dan berekreasi sambil mengunjungi lokasi menarik berhampiran rangkaian KTM Komuter.

Ini bolehlah dikatakan sebagai usaha mempromosi dan membudayakan penggunaan tren daripada pihak KTMB kepada generasi muda, terutamanya pelajar sekolah. Ini sekali gus akan menggalakkan aktiviti pelancongan domestik melalui perkhidmatan rel. Pakej ini bermula dari RM70 hingga RM120 seorang.


Pakej 1 : Ronda-Ronda Kuala Lumpur

pakej ktm berhad

Dewasa : RM95.00 / Orang
Kanak-kanak : RM85.00 / Orang

  • Peserta akan dibawa menaiki KTM Komuter dan juga bas bagi perjalanan Pergi dan Pulang
  • Lawatan ke Muzium Negara / Planetarium Negara / Muzium Bank Negara / Istana Negara / Tugu Negara
  • Lawatan ke Taman Burung Kuala Lumpur
  • 2 Orang pegawai pengiring akan membawa peserta
  • Makanan Tengahari bagi peserta disediakan

Pakej 2 : Ronda-Ronda KLCC

Dewasa : RM120.00 / Orang
Kanak-kanak : RM100.00 / Orang

  • Peserta dibawa menaiki tren KTM Komuter dan bas untuk perjalanan pergi dan balik
  • Dibawa melawat ke Petrosains dan Aquaria KLCC
  • 2 Orang pegawai akan mengiringi peserta
  • Penyediaan makanan tengahari

Pakej 3 : Ronda-ronda Negeri Sembilan (Port Dickson & Ampangan)

Dewasa : RM75.00 / Orang
Kanak-Kanak : 70.00 / Orang

  • Peserta dibawa menaiki tren KTM komuter dan bas untuk pergi dan balik
  • Lawatan ke Muzium Tentera Darat dan menjelajah terowong Komunis
  • Lawatan ke Ladang Burung Unta
  • 2 orang pegawai pengiring
  • Makanan tengahari disediakan

Pakej 4 : Ronda-Ronda Negeri Sembilan (Pedas & Ampangan)

Sumber : wetworld waterparks

Dewasa : RM95.00 / Orang
Kanak-kanak : RM90.00 / Orang

  • Menaiki tren KTM Komuter (pergi & balik)
  • Lawatan ke Ladang Burung Unta
  • Lawatan ke Pedas Wet World
  • 2 orang pegawai pengiring
  • Disediakan Makan tengah hari

Pakej 5 : Ronda-Ronda Negeri Sembilan (Seremban 2 & Ampangan)

Dewasa : RM 75.00 / Orang
Kanak-Kanak : RM 70.00

  • Menaiki Tren KTM Komuter dan Bas (perjalanan pergi & balik)
  • Lawatan ke Kilang Yakult
  • Lawatan ke Ladang Burung Unta
  • Pegawai pengiring seramai 2 orang
  • Penyediaan makanan tengah hari

Pakej 6 : Ronda-Ronda Bangi wonderland

Dewasa : RM 95.00 / Orang
Kanak-kanak : RM 90.00 / Orang

  • Menaiki tren KTM Komuter dan bas ( pergi dan balik)
  • Lawatan ke Bangi Wonderland
  • 2 orang pegawai pengiring
  • Makanan tengah hari turut disediakan

Pakej 7 : Ronda-Ronda Menara KL

Sumber : tripcarte.asia

Dewasa : RM120.00
Kanak-kanak : RM115.00

  • Menaiki tren KTM Komuter pergi dan balik
  • Melawat Menara KL ( Sky Deck / Observation Deck / Sky Box)
  • Lawatan ke Muzium Telekom
  • KL Upside Down House / Mini Zoo / Blue Coral Aquarium / XD Theatre
  • Aktiviti berkumpulan & Cenderahati
  • 2 orang pegawai pengiring disertakan
  • Makanan tengahari juga turut disediakan

Jika diteliti dari huraian pakej, nampaknya aktiviti dicadangkan sangat sesuai dengan golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah yang menjadi kumpulan 'target' bagi pakej ini. Cikgu-cikgu bolehlah usulkan di mesyuarat nanti hehe.

Terma & Syarat

Jika anda berminat untuk menempah salah-satu dari pakej ini. Anda perlulah mempunyai kumpulan dengan minima 35 orang. Pengesahan tempahan pula perlulah ditetapkan 14 hari sebelum tarikh cadangan lawatan manakala bayaran mesti dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh lawatan. Untuk maklumat lanjut , semak makalah promosi ini :

Sumber : KTM Berhad

2. Education Tour - Aircraft Hangar

Bagi golongan pelajar yang lebih dewasa, mungkin pakej yang disebutkan tadi tidak menjadi kegemaran. Ha, jangan risau. KTMB juga mempunyai pakej yang agak baru juga sejak KTM Skypark Link dibuka. Peserta akan dibawa dari KL Sentral ke Hangar pesawat yang terletak di Lapangan Terbang Subang.

Anda berminat untuk tahu lebih lanjut ?
Hubungi KTM Holidays & Event Management : 03-2279 8861 .
Beroperasi : Isnin-Jumaat 8:30AM-5:30PM

Kami Kongsi. Anda Terokai !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA