HalalXPlorer Logo
29 May 2020

Musim panas menjelang tiba ! 7 tips buat anda yang akan melancong di musim ini

Kongsikan:

Musim panas (summer) selalunya akan bermula pada bulan Jun sehingga bulan September. Namun bagi negara Australia, musim panasnya bermula pada bulan Disember sehingga bulan Februari. Memandangkan sekarang sudah hampir memasuki musim panas, kami di SurgaRoute akan berkongsi beberapa persediaan sebelum dan semasa yang patut anda lakukan untuk travel pada musim panas.

Persediaan sebelum anda travel

1) Buat 'research' mengenai tahap kepanasan

Setelah anda memilih negara dan tempat yang anda ingin lawati, anda perlu membuat sedikit 'research' mengenai tahap kepanasan di tempat itu. Adakah ianya panas kering atau lembap? Seperti contoh negara arab di kawasan pasir, panas disitu dikategorikan sebagai panas kering, bermaksud ianya panas tapi tidak membuatkan kita berpeluh , tetapi sangat tinggi risiko untuk terkena strok haba (heat stroke) tapi jika dikawasan yang dekat dengan laut pula, panasnya adalah panas lembap yang boleh membuatkan kita berpeluh.

Penting untuk anda tahu tahap kepanasan atau jenis kepanasan untuk memudahkan anda memilih pemakaian yang sesuai.

2) Periksa kesihatan diri anda

Sebelum anda pergi bercuti, sebaiknya anda buatlah pemeriksaan kesihatan diri anda supaya anda tahu status kesihatan diri anda. Lebih-lebih lagi jika anda mahu ke negara yang bermusim panas, anda perlu tahu tahap kandungan air di dalam badan anda. Jika kandungan air anda normal, tidaklah merisaukan. Tetapi jika kandungan air dalam badan anda kurang, anda perlu bersedia untuk membawa bekalan air setiap masa.

3) Semak senarai keperluan anda

Anda mesti sudah ada senarai barang keperluan yang anda perlu bawa kan? Secara asasnya sama sahaja barangnya . Kami telah menulis artikel mengena persediaan sebelum travel, anda boleh klik disini. Cuma ada beberapa tambahan seperti vitamin C , botol air dan "sunblock/sunscreen". Anda tahu tak beza antara "sunblock" dan "sunscreen" ?

Secara asasnya, "Sunblock" akan memantulkan sinaran UV manakala sunscreen pula akan menyerap sinaran UV ke kulit muka dan tukarkan sinaran UV kepada sinaran yang tidak berbahaya. Ada kelebihan dan kekurangannya. Sunblock mungkin akan memberikan "white cast" kepada muka si pemakai dan sunscreen tidak. Jadi anda pilihlah sunblock atau sunscreen yang sesuai dengan cuaca dan kulit muka anda .

Persediaan ketika travel

1) Bawa botol air setiap masa

Sila bawa botol berisi air sentiasa bersama anda untuk mengelakkan anda dehidrasi. Anda boleh memilih sama ada mahu membawa botol air besar sederhana atau kecil asalkan bawa air , jangan tak bawa langsung. Anda harus sentiasa dalam keadaan hidrasi bagi mengelakkan anda pengsan atau tidak bertengaga nanti. Di samping itu, anda boleh menjimatkan wang kerana air mineral boleh tahan mahal juga.

2) Bawa "sunblock/sunscreen"

Anda perlu sentiasa bawa bersama "sunblock/sunscreen" ini kerana anda perlu "reapply" mengikut kepada berapa spf "sunblock/sunscreen" anda. Penentuan SPF juga bergantung kepada tona muka anda, jika kulit muka anda cerah, disaranankan untuk mengambil spf 30 dan keatas. Jika and aberkulit gelap, spf 15 sudah memadai. Semakin gelap kulit, semakin kuat untuk menahan kulit muka dari terbakar. Selalunya kulit cerah boleh beratahan selama 10 minit, kuning langsat pula 15 minit dan sawo matang 20 minit.

Jadi contoh kiraan, jika anda berkulit putih yang hanya bertahan selama 10 minit sebelum muka anda terbakar dan ada memilih sunblock/sunscreen yang mempunyai SPF 15.

15 x 10 minit= 150 minit . 150 minit atau bersamaan 2 jam 30 minit sahaja sunblock/sunscreen itu mampu melindungi kulit muka anda. Kemudian anda perlu memakain semula sunblock/sunscreen anda. Untuk maklumat lanjut dan lebih terperinci anda boleh mencarinya di google.

pakaian putih di musim panas
Sumber : mariestravels

3) Pastikan anda memakai pakaian cerah

Untuk melancong seharian di negara panas, pastikan anda hanya membawa pakaian yang warnanya cerah sahaja kerana warna cerah ini tidak serap terlalu banyak haba dari cahaya matahari . Lain pula ceritanya jika anda mengenakan pakaian bewarna gelap, haba akan lebih banyak terserap membuatkan anda lebih panas dan berpeluh. Bila banyak sangat peluh dan kering apa akan jadi? badan anda akan gatal-gatal. Jadi, elak menggunakan pakaian gelap okay?

4) Bawa pakaian yang nipis tetapi elok

Selain itu, untuk memastikan anda tidak terlalu panas , bawalah pakaian yang nipis-nipis tapi jangan terlalu nipis sehingga jarang dan menampakkan tubuh pula. Era moden ini pula, sudah banyak jenama pakaian yang mengeluarkan produk pakaian dengan pelbagai teknologi untuk memberi pengudaraan yang elok pada tubuh.

Apapun, musim panas bukan lesen untuk anda memakai pakaian yang tidak menutup aurat seperti berseluar pendek dan sebagainya. Ingat, neraka lebih panas tau.

Bercuti pada musim panas tidaklah sesusah mana, asalkan kita ada perancangan dan persediaan yang rapi. Kami harap artikel ini dapat membantu anda untuk bersedia bercuti di musim panas. Kami harap perjalanan percutian anda baik baik sahaja. Selamat bercuti dari kami SurgaRoute.

Kami Kongsi, Anda Terokai.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA