HalalXPlorer Logo
02 August 2021

3 negeri beralih ke Fasa 3 PPN bermula 4 Ogos 2021

Kongsikan:

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,dalam satu kenyataan pada Isnin 2 Ogos 2021 melalui akaun Facebook rasminya memaklumkan bahawa tiga buah negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Labuan akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 4 Ogos ini kerana menunjukkan prestasi yang amat baik berkaitan pemulihan krisis COVID-19 buat masa ini.

"Pada mesyuarat petang ini juga, Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah membentangkan perkembangan pelaksanaan PPN.

perdana menteri mengumumkan 3 negeri telah diluluskan untuk ke fasa 3
Sumber : Facebook rasmi Perdana Menteri

"Alhamdulillah, sukacita ingin saya umumkan bahawa tiga buah negeri yang menunjukkan prestasi yang amat baik akan beralih ke Fasa 3 PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa Rabu, 4 Ogos 2021.

"Tahniah dan syabas saya ucapkan. Suka untuk saya mengingatkan agar SOP dan peraturan yang telah ditetapkan terus dipatuhi dan semua usaha untuk menambahbaik situasi pandemik di negeri masing-masing diteruskan.

May be an image of 3 people and screen

"Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya," katanya.

https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/4262466133831913

Muhyiddin juga menjelaskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih memperhalusi kemudahan kepada individu yang telah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin dan juga kemudahan yang bakal dinikmati sektor ekonomi.

"Perkara ini perlu diperhalusi dengan berhati-hati bagi memastikan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

May be an image of furniture and indoor

"Insya’Allah kemudahan-kemudahan ini akan saya umumkan dalam waktu yang terdekat dan diharapkan dapat memanfaatkan sebaiknya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan juga membantu sektor ekonomi kita dengan mengambilkira keselamatan rakyat," katanya lagi.

Perdana Menteri memaklumkan strategi kerajaan adalah memberikan vaksinasi kepada seramai mungkin penduduk dewasa di Malaysia bagi memastikan pemulihan negara dapat dijalankan dengan lancar.

Semoga negeri-negeri lain dapat juga ke fasa 3 PPN secepat mungkin !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA