Kadang-kadang ibu bapa terpaksa lupakan hajat untuk berkhemah disebabkan aktiviti berkhemah selalunya terlalu ekstrem untuk kanak-kanak.
Yelah, tapak perkhemahan yang tersorok di dalam hutan, tiada privasi dengan tetamu lain, gelap gelita, panas dek mentari dan sebagainya.
Tetapi, Discovery Agarwood Research yang terletak di Pulau Betong, Pulau Pinang ini pula meruapakan tapak perkhemahan yang sangat sesuai untuk aktiviti berkhemah dengan anak.
Selalunya kita akan berkhemah berdekatan sungai, tetapi disini anda akan berkhemah di hadapan kolam cetek untuk anak-anak bermain. Mesti anak berendam sampai malam taknak naik atas kan.
Selain itu, ada tarikan lain seperti mini petting zoo yang ada arnab & itik dan juga kebun sayuran.
Untuk privasi pula, setiap tapak perkhemahan disediakan satu tandas khas dan berasingan. Jadi, tak perlu berkongsi dan lebih mudah buat muslimah untuk menjaga aurat. Tak perlu nak tutup kepala dengan tuala dan sebagainya untuk pergi mandi.
Aktiviti untuk ibu-bapa, boleh bbq dan berbasikal. Jika anda nak hiking pon boleh. Ada 13 checkpoint untuk hiking tau.
Antara fasiliti yang disediakan :
- Saiz tapak 3m X 3m
- Plug point setiap tapak
- Tandas di setiap tapak (tidak berkongsi)
- Rabbit / duck house
- Hiking 13 check point
- Kolam
- Surau
- Basikal
Disini, anda boleh sewa tapak sahaja atau nak sewa pakej khemah dengan harga yang berpatutan pun boleh. Kalau sewa khemah sekali akan dapat full package sekali kipas, sleeping bag & extension wire.
Pihak pengurusan tapak perkhemahan Discovery Agarwood Research ini mematuhi syariah yang ditetapkan Islam apabila mereka tidak membenarkan pasangan Muslim yang belum berkahwin untuk menginap disini. Terbaik !
Harga
Tapak khemas saiz 3m x 3m. Kalau sewa tapak sahaja RM80 + RM50 deposit. Pakej sewa secara penuh adalah untuk 4-6 orang. RM138-RM158 tidak termasuk deposit dan bergantung pada berapa orang yang ada.
Paling seronok, tuan tapak perkhemahan dan pengurusan memang baik hati dan peramah. Sebarang pertanyaan boleh klik pautan ini : http://wasap.my/60102038151
Maklumat Lanjut :
- Alamat : Disovery Agarwood Research, Jalan Pulau Betong, Pulau Betong, 11800 Balik Pulau, Penang
- Nombor Telefon : 010-2038151