HalalXPlorer Logo
15 December 2023

Zoo Kelantan akan dibuka semula setelah ditutup 20 tahun !

Kongsikan:

Berita baik ! Zoo Kuala Krai atau Zoo Kelantan yang merupakan satu-satunya zoo di Kelantan dijangka dibuka semula pada bulan Jun tahun depan setelah ditutup kira-kira 20 tahun yang lalu !

Dr Izani Husin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan berkata kerja-kerja bagi menyiapkan infrastruktur seperti pagar, laluan, landskap serta kandang haiwan dan sangkar burung sedang dilakukan buat masa ini.

Kelantan to have own zoo again
Pintu hadapan Zoo Kelantan. Sumber : NST

Menurutnya zoo berkenaan adalah berkonsepkan Taman Hutan Bandar di mana pengunjung boleh "bermain-main" dan berinteraksi dengan haiwan yang ada di situ manakala haiwan liar seperti harimau, buaya, singa atau gajah tidak akan ditempatkan di zoo tersebut disebabkan kos penjagaannya yang tinggi.

"Di zoo itu kita akan lebih banyak meletakkan haiwan seperti burung, landak, rusa, kambing pelbagai spesis dan lain-lain.. pengunjung khususnya kanak-kanak boleh bermain dengannya.

"Sebagai contoh, kanak-kanak boleh memberi makanan kepada haiwan, dan ini membentuk hubungan antara manusia dengan haiwan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dr Izani berkata, apa yang paling menarik ialah kawasan zoo seluas 2.22 Hektar itu terletak di pinggir bandar Kuala Krai menawarkan pemandangan yang menarik kerana terletak di kawasan tinggi selain laluannya yang agak berbukit.

Zoo Kelantan akan dibuka semula tahun depan | Harian Metro
Pintu hadapan Zoo Kelantan. Sumber : Harian Metro

Bagi menguruskan kos penyelenggaraan dan membayar gaji kakitangan zoo tersebut, pengunjung akan dikenakan kadar bayaran masuk yang tertentu .

Yang paling unik, zoo ini mempunyai empat aras di mana aras bawah mempunyai surau dan kawasan rehat untuk keluarga bersantai.

Difahamkan, zoo dan Muzium Kuala Krai beroperasi selama berpuluh-puluh tahun sebelum ditutup dan diganti dengan Taman Burung pada 2007 yang akhirnya turut ditutup pada 2010 ekoran kos perbelanjaan makanan haiwan yang tinggi.

Sumber : Bernama

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA