HalalXPlorer Logo
Tower Walk 100 Menara KL
28 November 2021

Tower Walk 100 : Berjalan di Tebing Menara KL Dengan Ketinggian 100 Kaki

Kongsikan:

Menara Kuala Lumpur telah memperkenalkan tarikan terbaharu mereka bermula 27 November 2021 yang dinamakan Tower Walk 100.

Tower Walk 100 Menara KL
Kredit : Nadia Johari (https://www.miszrockers.com/)

Dengan tarikan terbaru ini, pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman berjalan di tebing menara Kuala Lumpur pada ketinggian 100 kaki !

Tarikan terbaharu ni terletak di tingkat T02 ( tiang menara ). Pengunjung dapat berjlaan 360 darjah mengelilingi pelantar Menara Kuala Lumpur sambil menikmati panorama menarik bandaraya Kuala Lumpur dari ketinggian 100 kaki.

Tower Walk Menara KL
Kredit : Nadia Johari (https://www.miszrockers.com/)

Jangan risau, naik sini, semua keselamatan terjamin. Pengunjung akan dilengkapi dengan perlatan keselamatan yang lengkap. Barangan peribadi termasuk kamera dan telefon pintar pun tidak dibenarkan dibawa ketika aktiviti ini bagi tujuan keselamatan.

Harga Tower Walk 100

Warganegara

  • Dewasa : RM35
  • Kanak-kanak : RM25

Bukan Warganegara

  • Dewasa : RM70
  • Kanak-kanak : RM40
May be an image of 2 people, outdoors and text

Syarat

Tarikan ini tidak sesuai untuk semua peringkat usia ya. Kalau nak naik ini, anda kena pastikan anda melengkapi syarat-syarat seperti berikut :

  • Berat badan antara 34 kg - 140 kg dan ketinggian minimum 120cm
  • Kemukakan bukti vaksinasi lengkap  ( dua dos dan 14 hari ) semasa pembelian tiket dibuat.
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah perlu ditemani penjaga.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik, mempunyai koordinasi mata-tangan yang baik dan boleh berjalan tanpa bantuan.
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA