HalalXPlorer Logo
30 June 2021

4 Fasa Pelan Pemulihan Negara, ini perkara yang boleh dan tidak boleh anda lakukan

Kongsikan:

Seperti diketahui, ketika ini kita sedang berada dalam fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menyaksikan bahawasa majoriti sektor ekonomi ditutup dan arahan bekerja dari rumah telah dikeluarkan buat kebanyakan sektor serta larangan merentas negeri juga daerah.

pelan pemulihan negara
Infografik Pelan Pemulihan Negara. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Ramai yang tertanya-tanya, setelah tamatnya fasa 1 yang dijangkakan akan berlaku sekitar pertengahan atau akhir julai, apakah yang menanti ? Bagaimanakah pula perincian SOP pada fasa 2,3 & 4 PPN ini.

FASA 2

Number 2 Pictures | Download Free Images on Unsplash
Kredit : Unsplash.com

kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pergerakan merentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, kecuali bagi pergerakan guru sekolah dan pelajar kelas peperiksaan. Manakala untuk pasangan jarak jauh , merentas negeri adalah dibenarkan bagi kes kecemasan dan khas sahaja dengan kelulusan Polis Diraja Malaysia.

Dalam fasa 2 nanti, operasi beberapa lagi aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan serta sektor perdagangan dan pengedaran akan dibenarkan, dengan sektor pembuatan melibatkan automotif (kenderaan dan komponen), seramik, kilang perabot bagi tujuan eksport, getah, besi dan keluli serta simen.

Sektor perdagangan dan pengedaran pula membabitkan kedai buku dan alat tulis, komputer dan telekomunikasi, barangan elektrik, kedai cuci kereta dan kedai gunting rambut (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja). Kebenaran beroperasi kedua-dua sektor adalah dari 8 pagi hingga 8 malam.

Manakala operasi restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk masih beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam.

Dalam fasa kedua, pasar tani dan pasar pagi dibenarkan beroperasi dari 7 pagi hingga 11 pagi dan terhad kepada enam komoditi iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, barangan runcit, ayam proses, makanan laut dan daging. Bagaimanapun, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu masih tidak dibenarkan dibuka.

Bagi aktiviti sukan dan sosial pula, semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu dan tidak bersentuhan fizikal dibenarkan dalam fasa 2 Pelan Pemulihan Negara

FASA 3

Number 3 Wallpapers - Wallpaper Cave
Kredit : Wallpaper Cave

Mengenai SOP fasa 3 pula, semua aktiviti ekonomi adalah dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi dan disenaraikan dalam senarai negatif seperti spa, kecantikan dan kesihatan kuku, pub dan kelab malam.

Pergerakan rentas daerah dibenarkan sepanjang fasa 3 manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan. Makan di restoran (dine-in) akan dibenarkan terhad kepada dua orang satu meja dengan mematuhi penjarakan fizikal.

Pengangkutan awam seperti teksi dan perkhidmatan e-hailing, serta kenderaan persendirian, jumlah kapasiti ditingkatkan kepada tiga orang termasuk pemandu.

Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu juga dibenarkan beroperasi mengikut SOP semasa. Salon kecantikan turut dibenarkan beroperasi ketika di fasa 3 dengan mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata pembukaan sektor pendidikan termasuk sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, institusi latihan kemahiran dan institusi-institusi pendidikan lain di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) serta agensi lain tertakluk kepada takwim KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta penilaian risiko semasa KKM.

Aktiviti sosial besar-besaran masih tidak dibenarkan semasa fasa tiga. Bagaimanapun, kelonggaran untuk menerima tetamu atau pelawat di kediaman dibenarkan terhad kepada 10 orang pada satu-satu masa.

Aktiviti pelancongan dibenarkan dengan syarat pelancongan dalam negeri sahaja. Pembukaan tarikan pelancong masih tertakluk kepada penilaian risiko semasa dan SOP yang ketat. Industri kreatif juga dibenarkan di fasa tiga, sebagai contoh acara langsung tanpa penonton.

FASA 4

Four Pictures | Download Free Images on Unsplash
Kredit : Unsplash.com

Fasa 4 pula dapat dilaksanakan apabila bilangan kes COVID-19 rendah, sistem kesihatan awam pada tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti kelompok.

Fasa4 yang merupakan fasa terakhir PPN ini akan membolehkan kita semua kembali semula kepada norma kehidupan seharian yang mana hampir kesemua sektor dibenarkan sepenuhnya, tertakluk kepada SOP sedia ada yang telah ditetapkan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA