HalalXPlorer Logo
30 June 2021

Mulai 20 Ogos, hanya individu yang sudah divaksin dibenarkan ke kawasan awam Abu Dhabi

Kongsikan:

Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan bahawa bermula 20 ogos 2021 nanti, hanya individu yang telah menerima vaksin perlindungan COVID-19 akan dibenarkan untuk pergi ke beberapa kawasan awam di Abu Dhabi.

Mulai 20 Ogos 2021, hanya individu yang sudah divaksin dibenarkan ke tempat awam
Abu Dhabi. Sumber : Aquatechtrade

Itu adalah syarat yang dikenakan oleh kerajaan bagi memastikan penduduk di sana mengambil vaksin seperti saranan kerajaan. Bagaimanapun, tarikh 20 Ogos dipilih bagi memberi masa dan ruang secukupnya kepada warganegaranya untuk mendapatkan vaksin bagi memberi perlindungan menentang jangkitan COVID-19.

Antara kawasan larangan kepada mereka yang tidak mendapat suntikan vaksin pada 20 ogos nanti adalah sekolah, universiti, taska, pusat membeli belah, restoran, gimnasium, muzium, pusat peranginan dan semua kedai runcit kecuali yang menjual barang keperluan seperti pasar raya dan farmasi.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak terpakai kepada rakyatnya yang mendapat pengecualian dan juga individu berusia 15 tahun ke bawah.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA