Pusat beli belah Pavilion Bukit Jalil akan mula dibuka untuk pengunjung pada 3 Disember depan bersempena dengan sambutan musim perayaan Krismas hujung tahun ini sekaligus menjadi salah satu alternatif membeli-belah di Selatan Kuala Lumpur menjelang 2022.
Pusat beli belah berketinggian lima tingkat dengan ruang runcit berkeluasan 1.8 juta kaki persegi itu menawarkan jenama runcit terkenal dan jenama antarabangsa bereputasi tinggi termasuk mereka yang kali pertama membuka cawangan di Malaysia.
Sehingga kini, lebih sejuta kaki persegi ruang runcit sudah disewakan. Jom kita lihat sikit antara penyewa-penyewa di Pavilion Bukit Jalil nanti :
Pengarah Regal Path Sdn Bhd, Datuk Lee Whay Hoong, berkata pihaknya membangunkan Pavilion Bukit Jalil untuk diposisikan sebagai landasan baharu untuk beli-belah gaya hidup metropolitan di rantau.
Katanya, mereka menjangkakan jumlah trafik pengunjung hampir 2.5 hingga tiga juta sebulan di pusat beli belah itu.
"Pusat beli-belah ini akan memberikan pengalaman runcit yang unik untuk pengunjung kami, termasuk konsep menarik dan kawasan bertema Asia seperti Korea, Jepun, Taiwan, China, Thailand dan Malaysia yang akan menawarkan makanan istimewa, kraf tangan, aksesori kecantikan dan fesyen, hadiah, kediaman dan produk hidup, cenderamata dan banyak lagi dari pelbagai budaya di rantau ini.
"Selain itu, terdapat ruang seluas 400,000 kaki persegi kini dalam pelbagai peringkat rundingan akhir, termasuk pemaju runcit dan hartanah bertaraf dunia dari Thailand, sebuah kedai rangkaian gaya hidup Jepun terkenal, menjadikan pengguna pengalaman runcit budaya, kreatif dan bersepadu, dan Tokyo Town seluas 60,000 kaki persegi yang mempamerkan makanan dan minuman Jepun yang unik," katanya.
Hasil daripada beberapa sumber, kami dapat kumpulkan gambar-gambar persiapan terakhir dan ujian yang dilakukan menjelang pembukaan Pavilion Bukit Jalil pada 3 Disember ini..
Selain daripada itu, sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Bandar Bukit Jalil, naik taraf infrastruktur di sekitar Pavilion Bukit Jalil hampir siap dan akan memberikan akses yang lebih baik dan pengalaman lebih baik untuk pembeli.
Pelan induk itu merangkumi jejambat baru siap ke Puchong melalui Lebuhraya Bukit Jalil dan pelebaran jalan raya menjadi enam lorong.
Pusat beli-belah itu dihubungkan ke Lembah Klang melalui MEX, MRR2, KESAS, Lebuhraya Bukit Jalil, Lebuhraya Sungai Besi, KL - Lebuhraya Seremban, Lebuhraya Damansara - Puchong yang akan memperkukuhkan kedudukan Pavilion Bukit Jalil sebagai Ikon Kesalinghubungan.