Fuh, panas-panas Malaysia ini memang seronok kalau dapat main air. Nak pergi Sunway Lagoon macam ramai sangat pulak sekarang. Mujur, ada satu taman tema air bakal dibuka berdekatan Lembah Klang !
Inilah sebuah hotel & taman tema terbaru yang bakal dibuka dalam masa terdekat berhampiran Amverton Cove Golf & Island Resort. Taman tema ini pun sebenarnya dimiliki oleh syarikat yang sama iaitu syarikat Amverton.
Secara keseluruhan, pembangunan terbaharu ini merangkumi sebuah hotel iaitu Riverine Hotel & Suites dan 2 taman tema iaitu taman tema air Riverine Splash @ Amverton Cove dan juga Survival Park @ Amverton Cove.
Menurut laman sesawang mereka, taman tema yang bertemakan etnik masyarakat orang asli ini mempunyai lebih 12 tarikan dan gelongsor. Tarikan paling menarik di Taman Tema ini adalah Gelongsor Anaconda dan juga Rimba River. Sekurang-kurangnya , 5 jam diperlukan untuk merasai kepuasan mandi-manda disini.
Riverine Survival Park pula adalah taman permainan lasak dan mencabar untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Kira-kira 3 jam masa yang perlu anda peruntukkan untuk bermain disini. Tarikan paling utama adalah flying fox !
Menurut maklumat tidak rasmi, destinasi ini akan mula dibuka pada 4 Disember ini.
Harga Tiket
Buat masa sekarang, lokasi ini masih belum dikemaskini di dalam aplikasi waze dan google maps. Jadi, anda boleh terus waze 'Amverton Golf & Island Resort' untuk tiba ke Riverine ini.