HalalXPlorer Logo
27 November 2021

Sekin Wonderland : Taman Tema Air Milik Muslim, Tarikan Terbaru di Sekinchan !

Kongsikan:

Sekinchan yang terletak di bahagian Utara Selangor lazimnya menjadi destinasi warga kota untuk 'Weekend Getaway' kerana suasananya yang menenangkan dengan pemandangan cantik serta pelbagai destinasi menarik.

Terbaru, Sekin Wonderland yang merupakan sebahagian daripada Sekin Fisherman Village Hotel & Resort telah membuka operasi Fasa 1, sekaligus menjadi satu lagi tarikan di Sekinchan.

May be an image of 3 people and pool

Walaupun belum dibuka secara rasmi, namun pembangunan fasa 1 ini pun sudah cukup menarik perhatian ramai pengunjung.

Sekin Wonderland
Gelongsor Air di Sekin Wonderland



Mana tidaknya, dengan harga tiket yang berpatutan, warga berdekatan tidak perlu lagi untuk bercuti jauh bagi merasai permainan taman tema.

May be an image of 2 people and pool



Sekin Wonderland menawarkan keseronokan untuk semua peringkat umur dan taman tema air ini adalah untuk kanak-kanak, keluarga dan remaja. Jom kita tengok !

May be an image of pool
Gelongsor air di Sekin Wonderland

Harga Tiket

Harga tiket masuk ke taman tema ini cukup berbaloi, ditambah pula dengan pakej kombo keluarga yang ditawarkan. Memang best, takkan pula kita nak masuk taman tema seorang saja. Ajak ahli keluarga baru seronok main, lebih jimat pula ! Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, boleh klik pautan ini.

May be an image of text that says '"MSEKIN WONDERLAND WATER THEME PARK" HARGA PROMOSI UNTUK FASA ADMISSION TICKET MYKAD ADULT WALK CHILD ONLINE RM25 NON-MYKAD WALK YEARS OLD) RM25 RM20 SENIOR CITIZEN (60 YEARS OLD AND ABOVE) ONLINE RM30 RM20 RM30 RM25 RM25 FAMILY COMBO PACKAGE (5PAX) RM25 RM25 RM30 RM100 RM30 RM100 RM125 RM125'
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA