HalalXPlorer Logo
15 June 2020

Zoo Negara akan ditutup semula jika tidak patuh SOP berkaitan COVID-19

Kongsikan:

Kebebasan orang ramai di kawasan tumpuan awam seperti Zoo Negara boleh ditarik balik sekiranya dikesan gagal mematuhi peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebebasan diberi kepada rakyat Malaysia ketika ini ini diperlu dipertahankan supaya dapat dinikmati sepanjang masa.

Beliau berkata, jika gagal berbuat demikian, kerajaan tidak teragak-agak mengambil tindakan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua rakyat terjaga.

Sumber : Bernama

"Saya ada terbaca di media sosial (mengenai ketidakpatuhan SOP di Zoo Negara) dan saya sudah menghubungi Ketua Polis Negara berhubung perkara itu.

"Beliau akan menghantar pasukan pamatuhan SOP ke sana untuk tindakan segera.

"Saya berharap kebebasan yang diberi tidak bermakna mereka boleh melakukan apa sahaja. Zoo adalah tempat tumpuan membawa keluarga beriadah tetapi SOP mesti dipatuhi.

"Jika ia dilihat mampu membahayakan keselamatan dan nyawa, kebebasan itu boleh ditarik semula," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Sumber : Berita harian

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=EiknxrpTQwk

Kami Kongsi. Anda Terokai

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA