HalalXPlorer Logo
27 June 2021

Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan, bantuan lebih komprehensif bakal menyusul

Kongsikan:

Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir esok tidak akan ditamatkan malah akan diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yasin.

Perdana Menteri berkata kita berada dalam fasa 1 Pelan Pemulihan Negara

Jelasnya, fasa 1 itu akan dilanjutkan memandangkan jumlah kes Covid-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.

"Sekarang mereka kata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah nak tamat. Saya kata, mulai sekarang kita tak sebut PKP, tapi kita sebut kita berada dalam fasa, sekarang ini fasa pertama (PPN) sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya.

"Bukan kata 28 Jun tamat PKP, itu silap...kita masih di fasa pertama (Fasa 1) PPN dan akan lanjutkan sehingga cecah nilai ambang bawah 4,000 kes dengan kes di Unit Rawatan Rapi tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan," kata Muhyiddin.

Menurut pelan pemulihan negara, peralihan dari Fasa 1 sekatan pergerakan penuh hanya akan dilakukan sekiranya tiga sasaran utama tercapai.

Kriteria utama untuk memasuki Fasa 2 adalah kes harian Covid-19 di bawah 4,000; Kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap "sederhana"; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.

Namun demikian, purata tujuh hari untuk kes Covid-19 setakat hari ini adalah 5,351, sementara jumlah pesakit di ICU hari ini (866) hampir sama tinggi ketika sekatan penuh mula berkuat kuasa pada 1 Jun (872).

Bilangan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia pada bulan ini saja pula seramai 2,088 orang.

Peralihan ke fasa ketiga akan berlangsung selepas purata kes harian tidak lebih 2,000, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapat dos vaksin penuh. Ia dijangka dapat dicapai pada bulan September.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata pengumuman mengenai moratorium pinjaman dan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui kemudahan i-Sinar akan dibuat tak lama lagi.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA