Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) siap sepenuhnya dengan jajaran terakhir di Seksyen 11 yang menghubungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas.
Sempena pembukaan itu, pihak konsesi bersetuju menawarkan tol percuma bagi kedua-dua arah jajaran berkenaan selama dua bulan, sehingga 11 Mei depan.
Tol percuma selama 2 bulan itu adalah kerana bulan pertama pembukaan lebuhraya ini adalah bulan Ramadan, lepas itu kita meraikan Aidilfitri yang juga kira-kira sebulan.
Pembukaan jajaran Seksyen 11 itu yang menelan belanja RM420 juta dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas yang akan mengambil masa 20 minit, berbanding 55 minit mengikut laluan biasa.
Lebuhraya WCE yang keseluruhannya bernilai RM5 bilion merupakan lebuh raya antara bandar, menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Banting, Selangor sepanjang 314.5 kilometer.