The Happiest Place on Earth ! Nampaknya tagline Disneyland and Resort akan sekali lagi menjadi kenyataan apabila mereka mungkin akan menjadi Happiest Place on Earth tanggal 11 May ini. Disneyland Shanghai yang merupakan Disneyland terbesar di dunia ditutup sejak 25 Januari yang lalu iaitu Disneyland pertama yang diumumkan ditutup akibat krisis kesihatan global, COVID-19. Waktu itu, Disneyland lain terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah masih rileks-rileks lagi menerima pengunjung.
Kini, Disneyland Shanghai akan dibuka pada 11 Mei, menjadikan mereka yang pertama akan dibuka. Dengar kata, Disneyland yang lain mungkin tidak akan dibuka sehingga 2021 nanti.
Ajaib, negara bermulanya krisis COVID-19 iaitu China kini mula meneruskan kegiatan harian mereka, sedangkan negara lain masih bergelut untuk menyelesaikan krisis kesihatan ini. Lebih ajaib, tiket bagi hari pembukaan Disneyland Shanghai telah pun habis dijual dalam masa hanya beberapa minit !
Norma Baharu
Bagaimanapun, keadaan selepas pembukaan mungkin tidak akan sama lagi seperti kebiasaan. Pihak mereka telah melakukan demonstrasi bagaimana mereka akan beroperasi selepas ini. Pelbagai Tatacara Pengoperasian dipekenalkan dan pembukaan kawasan taman tema tersebut akan dilakukan secara berperingkat.
Shanghai Disneyland juga akan menyediakan blueprint untuk tatacara operasi Disneyland yang lain. Antara yang diperkenalkan ialah :
- Pengunjung mesti menunjukkan kod QR Kesihatan yang dikeluarkan oleh kerajaan sebelum memasuki taman tema, dan diwajibkan memakai topeng muka setiap masa, kecuali ketika makan.
- Staff mereka akan diberi peralatan pelindung diri (PPE) semasa bekerja dan akan dilatih mengenai " Contactless Gues Interaction"
Sumber : Business Insider
- Jumlah penerimaan pengunjung adalah terhad bagi mengurangkan risiko.
Sumber : Business Insider
- Mengutamakan penjarakan sosial dan akan menggiatkan proses disinfeksi
Sumber : Business Insider
Dibawah ini kami kepilkan video demonstrasi daripada pihak Disneyland Shanghai bagaimana mereka akan beroperasi di era 'New Norms' ini.
Hehe, bagi kami selepas turunnya kes COVID-19 mungkin waktu terbaik untuk mengunjungi taman tema sebab pengurangan kapasiti bermaksud kurang kena beratur. Tapi, tak tahulah kemungkinan harga tiket Disneyland akan naik pula disebabkan jualan tiket yang sedikit, macam industri penerbangan.
Di Malaysia pun ada taman tema yang ditutup sementara. Mungkinkah Disneyland Shanghai akan menjadi contoh dan rujukan untuk taman tema di Malaysia dibuka semula? Kita tunggu dan lihat, di SurgaRoute !