Semasa tempoh sibuk Malaysia ‘melayan’ COVID-19 April yang lalu, Kerajaan mengisytiharkan 63 premis milik institusi, sektor awam dan hotel bertaraf lima bintang, sebagai pusat kuarantin, selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Sempat juga kecoh di internet, tular mengenai hotel mewah yang digunakan untuk kuarantin.
Terpulang kepada anda, selepas PKP ini mahu cuba 'staycation' hotel yang kami beritahu ini untuk rasai fasiliti yang best di hotel ini atau nak masukkan dalam senarai hotel yang perlu dielakkan kalau anda takut-takut.
Tetapi, setahu kami pusat kuarantin ini bukannya untuk orang yang disahkan positif covid-19 Ia disediakan untuk mereka yang baru pulang dari luar negara. Jadi, kemungkinan ada virus-virus tu di hotel ini sangatlah tipis. Tambahan pula, hotel ini pasti disanitasi melebihi tempat lain. Kalau ikutkan kami, ini senarai hotel yang anda boleh pergi selepas PKP untuk merasai pengalaman menginap di hotel mewah. Tambahan pula, boleh membantu industri perhotelan di Malaysia yang terjejas teruk.
1) Sunway Pyramid Hotel

- TARAF : 4 BINTANG
- HARGA BERMULA : RM 242 / MALAM
https://www.sunwayhotels.com/sunwayresorthotelspa/sunway-pyramid-hotel/
Sesuai dengan namanya , ia terletak di Sunway Pyramid iaitu antara Pusat membeli-belah paling ikonik di Lembah Klang. Selalu shopping saja disini, apa kata sesekali tukar angin untuk staycation pula.
2) Golden Sands Resort by Shangri-La, Pulau Pinang

- TARAF : 4 BINTANG
- HARGA BERMULA : RM330/ MALAM
https://www.shangri-la.com/en/penang/goldensandsresort/
Rangkaian Hotel Shangri-La sebenarnya diasaskan oleh taikun terkenal berasal dari Malaysia iaitu Robert Kuok. Bagaimanapun, hotel pertama mereka dibuka di Singapura pada 1971 dan terus mencipta nama sebagai antara rangkaian hotel 5 mewah terkemuka. Sehingga kini, terdapat mempunyai lebih 100 hotel di bawah kendalian rangkaian Shangri-La. Menginap di Golden Sands Resort dibawah kendalian mereka ini pasti dapat memberi vibes mewah, hampir kepada suasana 5 bintang Shangri-La sebenar.
3) Dorsett Grand Subang

- TARAF : 5 BINTANG
- HARGA PURATA : 182 / MALAM
https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-grand-subang/
Walaupun terletak di tengah bandaraya, namun Dorsett Grand Subang memberikan pengalaman yang menenangkan dengan kehijauan landskap dan tasik. Hotel ini terletak berdekatan Kelab Golf Negara Subang dan juga berdekatan dengan pusat membeli-belah ternama antaranya Sunway Pyramid, Empire Shopping Gallery, dan Subang Parade. Nice ! Bak kata Joe Flizzow, budak subang jaya memang ada gaya.
4) Hilton Petaling Jaya

- TARAF : 5 BINTANG
- HARGA BERMULA : 233 / MALAM
https://www3.hilton.com/en/hotels/malaysia/hilton-petaling-jaya-PETHITW/index.html
Ini adalah antara hotel kegemaran kami. Mana tidaknya, hotel ini telah berdiri di tengah Pusat Bandar Petaling Jaya sejak 1984 lagi tetapi masih kekal sebagai antara hotel mewah paling top di Lembah Klang. Kali terakhir direnovasi pada 2012, kemasan dalam hotel ini cukup mempesonakan dan memberi elemen kemewahan !
5) Grand Milennium, Kuala Lumpur

- TARAF : 5 BINTANG
- HARGA BERMULA : RM 274 / MALAM
https://www.millenniumhotels.com/en/kuala-lumpur/grand-millennium-hotel-kuala-lumpur/
Terletak berhadapan dengan pusat membeli-belah terkenal, Pavilion di tengah-tengah Bukit Bintang menjadikan hotel ini sering menjadi tumpuan golongan atasan apabila menginap di Kuala Lumpur. Hotel ini juga 'berjiran' dengan hotel-hotel ternama yang lain antaranya JW Marriott, dan Westin Kuala Lumpur.
6) Tanjung Rhu Resort, Langkawi

- TARAF : 5 BINTANG
- HARGA PURATA : RM 403 / MALAM
Diuruskan oleh sebuah rangkaian hotel mewah antarabangsa iaitu Aariana Hospitality International. Bagi kami, Tanjung Rhu Resort adalah Pusat Kuarantin paling tenang dan damai dilengkapi dengan pelbagai fasiliti mewah. Cuma, mungkin sesiapa yang dikuarantin tidak dibenarkan keluar bilik. Anda pula boleh pergi selepas baca ini, dan boleh keluar bilik tinjau resort mewah ini ! Mereka menggabungkan elemen tradisional dan silam bersama dengan elemen kontemporari. Resort berkeluasan 1,100 ekar ini adalah penerima Anugerah TripAdvisor’s Travellers’ Choice Award 2015 dan 2016
7)Palace Of The Golden Horses , Seri Kembangan

- TARAF : 5 BINTANG
- HARGA BERMULA : 136 / MALAM
http://palaceofthegoldenhorses.com.my
Bagi sesiapa yang selalui menggunakan lebuhraya BESRAYA, pasti akan tahu 'istana kayangan' yang dibina di bekas tapak lombong di MINES Resort City. Sebelum menempatkan tahanan kuarantin, hotel 474 bilik ini telah menjadi tempat penginapan ramai ikon terkenal antaranya Queen Elizabeth, Nelson Mandela, Kofi Annan, Fidel Castro, Raja Abdullah Abdul Aziz dan bekas presiden Republik Rakyat China, Jiang Zemin semasa majlis MICE berprofil tinggi antaranya persidangan APEC, G15, NAM, OIC Summits, dan ASEAN Informal Summit’s meeting. Cuma, besar kemungkinan bilik tahanan kuarantin covid dan bilik menempatkan ikon dan pemimpin besar itu tak sama lah.
8) Impiana KLCC, Kuala Lumpur

- TARAF : 4 BINTANG
- HARGA BERMULA : RM 190 / MALAM
https://kualalumpurhotels.impiana.com.my/
Elemen paling 'mahal' sekali yang terdapat di hotel ini adalah pemandangan luarnya yang menghadap terus pencakar langit ikonik, Menara Berkembar Petronas. Untuk tempoh 14-hari dikuarantin dan tidak dibenarkan keluar. Kami rasa, pemandangan sebegitu mungkin dapat merawat hati duka dan lara. Tetapi, untuk anda nanti , tidur menghadap bangunan ikonik negara itu pasti membuat jiwa riang dan gembira.
9) Pan Borneo Hotel, Kota Kinabalu

- TARAF : 4 BINTANG
- HARGA PURATA : RM271 / MALAM
Bahagian Timur Malaysia juga terkesan dengan COVID-19 ini. Di Sabah, antara hotel yang ternama di Kota Kinabalu iaitu Pan Borneo Hotel juga dijadikan pusat kuarantin. Pan Borneo Hotel menawarkan sejumlah 320 bilik tamu yang luas yang terdiri daripada 17 Suite Eksekutif, 14 Bilik Keluarga, 68 Bilik Eksekutif, 153 Bilik Deluxe dan 68 Bilik Superior.
Bilik-bilik mereka dirancang dengan teliti dan dilengkapi dengan gaya kontemporari, menawarkan pemandangan Laut China Selatan, Banjaran Croocker serta kolam renang hotel.
10) Hotel Jen, Puteri Harbour

- TARAF : 4 BINTANG
- HARGA PURATA : RM 249
https://www.hoteljen.com/johor/puteriharbour/about/
Disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di Singapura. Rakyat Malaysia yang bekerja di Kota Singa dikuarantin selama 14-hari di pusat kuarantin di sekitar Johor Bahru. Hotel Jen ini juga diuruskan oleh kumpulan hotel Shangri-La.
Pusat kuarantin lain
Selain itu, terdapat puluhan lagi fasiliti awam dan hotel yang dijadikan sebagai pusat kuarantin. Antaranya ialah :
- Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah
- Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Siputeh, Perak
- Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA Kampus Teluk Intan, Perak.
- Arena Badminton Ipoh, Perak
- Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
- Institusi Tadbiran Islam, Ipoh, Perak
- Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
- Hotel The Cool Point, Tanah Rata, Pahang
- Hotel Monaco Boutique, Tanah Rata, Pahang
- Institusi Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Keningau
- Linawa Hostel, Kompleks Sukan Ranau, Sabah
- Rumah Rehat Sri Aman, Sarawak
- Rumah Temuai Nanga Merit, Kapit, Sarawak
- Pusat Giatmara Wilayah Persekutuan Labuan
- Hotel Adya Chenang, Langkawi, Kedah
- Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
- Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak
- Best Western Petaling Jaya, Selangor
- COOP Hotel Putrajaya dan Cyberjaya, Dengkil, Selangor
- Four Points by Sheraton, Puchong, Selangor
- FOX Lite Hotel Dpulze-Cyberjaya, Selangor
- Hilton Garden Inn, Puchong, Selangor
- Hotel Sunway Clio, Petaling Jaya, Selangor
- Qliq Damansara, Petaling Jaya, Selangor
- Dorsett Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Ancasa Express @ Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Cosmo Hotel Kuala Lumpur
- Four Points by Sheraton Kuala Lumpur
- Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur
- Hilton Kuala Lumpur
- Holiday Inn Express Kuala Lumpur
- Hotel Royal Kuala Lumpur
- Ibis Kuala Lumpur
- Ibis Styles Kuala Lumpur Business Park
- J-Hotel by Dorsett, Kuala Lumpur
- Living at Dsulaiman, Kuala Lumpur
- Hotel Plaza Grand Kuala Lumpur
- Hotel Premiera Kuala Lumpur
- Ramada Suites Kuala Lumpur
- Silka Cheras, Kuala Lumpur
- Swiss-Inn Kuala Lumpur
- The Pearl Kuala Lumpur
- Hotel Cyrstal Crown, Johor Bahru, Johor
- Felda Residence, Tanjung Leman Mersing, Johor
- Hotel Hallmark Regency, Johor Bahru, Johor
- Hotel Millesime, Johor Bahru, Johor
- Hotel New York, Johor Bahru, Johor
- Swiss-Inn, Johor Bahru, Johor
- Hotel V8, Skudai, Johor
- Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
- Grand Dormani Rajah Court Hotel, Kuching, Sarawak
- Hock Lee Hotel and Residence Tower A and Tower B, Kuching, Sarawak
- Hotel Kuching Park, Sarawak
- Ming Garden Hotel and Residence, Kota Kinabalu, Sabah
Sekian itu sahaja, perkongsian kami untuk kali ini. Kalau diikutkan masih banyak hotel-hotel ternama dijadikan pusat kuarantin. Tetapi, kami pun sudah penat menulis. Kalau anda mahu baca artikel lain berkaitan hotel, boleh tekan disini.
Sampai berjumpa lagi, di SurgaRoute. Kami kongsi , Anda terokai !