HalalXPlorer Logo
06 January 2021

Ini SOP terbaru aktiviti pendakian bermula 2021 yang geng hikers perlu ambil tahu

Kongsikan:

Bermula tahun 2022 nanti, setiap aktiviti pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter di Semenanjung perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta.

Encik Mohd Yussainy Md Yusop iaitu Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung berkata peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 itu bagi mempertingkatkan keselamatan pengunjung serta langkah waspada pihaknya mengawal virus COVID-19.

Katanya Jabatan Perhutanan Negeri akan mengenal pasti kawasan pendakian yang wajib menggunakan khidmat malim gunung perhutanan. Tetapi, jangan risau kerana pendaki juga boleh mengupah jurupandu sendri bagi pendakian di bawah ketinggian 457.2m dan menanggung kos tersebut.

sop terbaru aktiviti pendakian

"Di bawah Jabatan Perhutanan, kami sudah empat kali mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan semula taman eko rimba dan taman hutan negeri. Kami mahu walaupun kemudahan (aktiviti rekreasi dan pendakian) dibuka semula kepada pengunjung tetapi SOP perlu diteruskan untuk mengawal COVID-19.

Syarat nisbah seorang jurupandu bersamaan tujuh orang bagi aktiviti di kawasan pendakian dengan ketinggian 1,500 kaki atau 457.2m adalah supaya setiap pergerakan keluar masuk hutan dapat dikawal Jabatan Perhutanan dan jurupandu.

"Kami mahu jadikan tahun 2021 sebagai kesedaran kepada setiap peserta kerana aspek penguatkuasaan akan bermula pada 2022,"

Sehubungan dengan itu, Mohd Yussainy berkata, Jabatan Perhutanan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengadakan kursus malim gunung perhutanan di seluruh negara bagi meningkatkan pelbagai kemahiran terutama aspek keselamatan dan ilmu asas perhutanan.

Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara - Afiq Halid
Denai Tiga Puteri, salah satu lokasi pendakian terkenal di Lembah Klang. Sumber : Afiq Halid

"Ini sangat penting kepada jurupandu atau malim gunung. Dalam tempoh 10 tahun ini lebih 218 kes kemalangan seperti kecederaan direkodkan, bencana kepala air, sesat di luar denai pendakian termasuk 128 kes kematian.

Kursus ini akan memberi latihan asas perhutanan termasuk perundangan, ikhtiar hidup, pengecaman tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan survival mereka. Di pihak JBPM adalah lebih kepada modul keselamatan dari segi memberi bantuan kecemasan awal,"

10 Reasons Why Hiking Is My Hobby | Hikers Shop

Kursus selama lima hari itu akan diadakan setiap bulan di seluruh negara bermula Februari ini dan mengutamakan golongan belia serta warga tempatan yang mahir dengan selok-belok kawasan pendakian setempat.

Setakat ini sebanyak 3,000 permohonan diterima dan ia satu maklum balas yang positif memandangkan ramai rakyat Malaysia menjadikan jurupandu sebagai profesion disebabkan kehilangan pekerjaan akibat COVID-19.

Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, jurupandu atau malim gunung yang terpilih mengikuti program itu akan dilatih sebagai responden pertama untuk memberi bantuan awal kepada mangsa jika berlaku kecemasan atau kemalangan ketika pendakian sebelum ketibaan bantuan daripada pihak bomba.

"Kami akan melatih jurupandu atau malim gunung ini mengikut modul JBPM seperti asas mencari dan menyelamat, bantu mula dengan peralatan bantuan kecemasan, membawa keluar mangsa ke kawasan selamat, penyelamatan di kawasan tinggi serta asas penggunaan kompas dan peta," katanya.

Jadi, apa pandangan anda ? Onz ?

Sumber : BERNAMA

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA