HalalXPlorer Logo
04 January 2021

Dah macam 'Business Class' ! Emirates lancarkan kelas Ekonomi Premium bermula 4 Januari 2021

Kongsikan:
tempat duduk ekonomi premium dari emirates

Emirates telah melancarkan kabin terbaru bagi pesawat A380 yang akan membuat perjalanan dari Dubai ke London Heathrow dengan satu kelas ekonomi baharu iaitu Ekonomi Premium.

Sewaktu syarikat penerbangan lain membuat beberapa pembaharuan untuk menjimatkan kos, Emirates terus ke hadapan dengan memperkenalkan kelas ekonomi terbaru ini dengan 56 kerusi disusun secara 2-4-2.

Permintaan Yang Tinggi

Adel Al Redha, Ketua Pegawai Eksekutif Emirates berkata, kelas terbaru Ekonom Premium ini terhasil daripada permintaan tinggi penumpang mereka yang mahukan sesuatu servis dan layanan lebih daripada Ekonomi, tetapi berada dalam julat harga yang mampu milik.

Beliau juga berkata , 5 lagi pesawat A380 dengan kelas ekonomi premium akan diperkenalkan dalam masa terdekat manakala 55% dari keseluruhan pesawat mereka akan turut dilengkapi kelas ekonomi premium, dari masa ke semasa .

Setiap kerusi pula direka secara ergonomik menggunakan kulit premium anti kotoran dengan kelebaran 19.5 inci, ruang seluas 40 inci dan kerusi boleh dilaras sehingga 8 inci. Turut melengkapi setiap kerusi adalah meja kecil bagi meletakkan gelas dan juga sajian penerbangan atau kebiasaannya dipanggil 'dining and cocktail table' dan juga ruang pengecas gajet.

Di bahagian kepala, 'head rest' di kerusi ini boleh dilaraskan kepada 6 arah. Di bahagian bawah, terdapat 'calf' dan 'leg rest' yang menambah kenyamanan.

Untuk hiburan, skrin bersaiz 13.3 inci disediakan dengan lebih 4,500 siaran muzik, filem, dokumentari, telefilem, berita dan lain-lain kandungan untuk ditonton ? menjadikan Emirates sebagai pemilik kepada skrin kelas ekonomi terbesar di atas udara.

'Window Blind' yang ada di kelas ekonomi premium pula menggunakan 'electric window blind'. Lihat video pengenalan bagi kelas terbaharu ini disini :

https://www.instagram.com/p/CJYs4NJAYlE/?utm_source=ig_web_copy_link

Tidak keterlaluan jika kami katakan kelas Ekonomi Premium terbaru dari Emirates ni sebenarnya sudah boleh mengalahkan kelas perniagaan bagi sesetengah syarikat penerbangan.

Tidak akan dijual lagi

Buat masa ini, Emirates mengatakan bahawa mereka tidak akan menjual tiket penerbangan bagi kelas ekonomi premium sehingga jumlah pesawat beroperasi bagi seluruh rangkaian mereka mencapai tahap yang sepatutnya.

Sebaliknya, buat masa sekarang, naik taraf percuma akan diberikan kepada ahli elit program kesetiaan Emirates iaitu Skywards dan juga buat penumpang ekonomi dengan kelas tambang tertentu. (Kemungkinan penumpang ekonomi kelas Y iaitu tambang penuh)

Pembaharuan bagi kabin

Selain daripada itu, Emirates juga membuat pembaharuan bagi kabin kelas lain. Ruang bagi penumpang kelas pertama dan kelas perniagaan menerima sedikit perubahan walaupun tidak ketara.

Kelas Pertama (Lebih privasi dan kemewahan)

Buat penumpang kelas pertama, Emirates memberikan privasi. Pintu dan dinding bagi 'Suite' penumpang dibina lebih tinggi dan beberapa perubahan dari segi kemasan dalam antaranya adalah bagi bilik mandi dan spa.

Kelas Perniagaan (Kemasan dalam yang lebih mewah)

Kesemua 76 kerusi kelas perniagaan telah ditukar warna dan kemasan seperti meja sajian telah ditukar kepada kemasan kayu , diinspirasikan dari kemasan mewah jet peribadi.

Kelas Ekonomi (Kerusi baharu bagi keselesaan)

Emirates telah menukar kesemua 338 kerusi kepada kerusi baharu dengan rekabentuk ergonomik , sama seperti yang dipasang di pesawat B777 terbaru mereka.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA