HalalXPlorer Logo
10 kedai makan halal di korea selatan
20 August 2022

10 Kedai Makan Halal di Seoul, Korea Selatan Untuk Anda Mengisi Perut di Sana

Kongsikan:

Industri hiburan Korea Selatan benar-benar berjaya menarik ramai pelancong untuk ke sana. Mana tidaknya, disana terdapat pelbagai lokasi penggambaran menarik, suasana Korea Selatan yang dipamerkan di dalam filem, drama dan muzik video juga berjaya mempopularkan destinasi-destinasi di Korea. Tidak hairanlah, ramai juga rakyat Malaysia berminat untuk melancong ke sana.

Namun, bagi pengembara Muslim, soal makanan dan minuman adalah antara cabaran terbesar apabila melancong ke negara yang mempunyai bilangan Muslim yang rendah seperti Korea Selatan. Makanan yang kelihatan begitu lazat di dalam televisyen dan internet belum tentu dapat kita nikmati kerana cara penyediaan dan bahan yang digunakan adalah tidak halal.

Tapi, jangan risau sebab hari ini kami akan menyenaraikan 10 restoran halal yang anda boleh cuba bila melancong di Seoul, Korea Selatan.

Yang Good Korean BBQ Lamb

image 25 17
Kredit : Saleha Jabar (Facebook)

Seperti nama restorannya, Yang Good BBQ ini sudah tentu menyediakan hidangan BBQ buat para pelanggannya.

Anda tidak perlu gusar dengan kepingan daging disini kerana daging yang diimport dari Australia disini halal dan boleh dimakan.

Perapan dagingnya menggunakan sos manis dan kaya dengan rempah ratus asli Korea.

image 25 18
Kredit : Monyok Belastrix Lestrange

Anda juga boleh menikmati sup kambing, mulnaengmyeon (mee sejuk), deonjang – jjigae ended (sup tanpa kacang soya).

Untuk menjamu selera di sini, anda boleh datang seawal jam 4.00 petang hingga 11.00 malam. Lokasinya yang terletak di Gangnam, iaitu salah satu kawasan paling meriah di Seoul membuatkan restoran ini mudah dicari dan diakses menggunakan pengangkutan awam.

Alamat : Yang Good BBQ, 643-3 Yeoksam-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea
Waktu Operasi : 4PM - 11PM

Salam Turkish Restaurant

Salam Turkish Restaurant ini terletak berhampiran Seoul Central Mosque di Itaewon, iaitu masjid terbesar dan utama di Korea Selatan.

image 25 19
Kredit : Hani Liyana (Facebook)

Lokasinya yang berhampiran pusat ibadat Muslim itu menjadikan restoran ini mendapat perhatian ramai pelanggan beragama Islam. Selain dapat menunaikan solat di masjid ini, anda juga boleh menjamu selera dengan hidangan halal di sini.

image 25 21
Seoul Central Mosque

Restoran ini menyajikan menu dari Turki seiring dengan nama restoran. Menu popular di restoran ini adalah Dolma Biber yang merupakan nasi diisi dalam paprika, daging kambing serta sayuran yang sedikit manis.

Eid Halal Korean Food

image 25 20

Kalau ke restoran Turki, mungkin tidak menjadikan pengalaman anda bercuti ke Korea Selatan berbaloi. Haa, jangan risau kerana berdekatan Seoul Central Mosque ada beberapa lagi restoran halal. Salah satunya adalah restoran yang menyajikan makanan asli Korea Selatan iaitu Eid Halal Korean Food.

Restoran ini adalah restoran makanan Korea pertama yang mendapat pengiktirafan sijil Halal di sana.

image 25 22
image 25 23

Restoran ini agak terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang menetap dan melancong di Seoul sehinggakan mereka turut membuka cawangan di Cyberjaya, Malaysia.

Rsestoran ini dibuka setiap hari mulai jam 11.30 pagi hingga 9.00 malam, kecuali isnin.

Makan Korean Halal Restaurant

image 25 24

Walaupun nama restoran ini diambil dari perkataan Bahasa Melayu iaitu 'Makan', tetapi menu-menu disini adalah menu asli Korea seperti dakdoritang iaitu ayam berkuah pedas, bulgogi – hidangan berasaskan daging, mulnaengmyeon yang merupakan hidangan mee serta banyak menu lain yang  menarik.

image 25 25
Seafood Jajangmyeon. Kredit : Makan Korean Halal Restaurant

Restoran ini adalah restoran halal yang agak baru di Itaewon. Mereka memulakan perniagaan pada tahun 2015. Menu yang dihidangkan di sini lebih kurang sama seperti di restoran EID.

Anda juga boleh mendapatkan dosirak (makan tengahari berbungkus) sekiranya tidak mempunyai masa untuk makan di restoran. Ia dibuka setiap hari Isnin, Rabu hingga Ahad mulai jam 10.30 pagi hingga 10.00 malam. Setiap hari Selasa restoran ini akan ditutup seketika.

Murree Korea Muslim Food

image 25 26

Penggemar menu tradisional masyarakat Korea boleh mencuba hidangan yang terdapat di sini. Ia terdiri dari sup ayam ginseng yang dikenali sebagai samgyetang, bulgogi, dwenjangchiqae, Dak-Dori-Thang, kimchi bokkeumbap iaitu nasi goreng kimchi, kimchi jeon yang merupakan lempeng kimchi serta pelbagai menu lagi.

Mereka juga menjual makanan berasal dari Pakistan seperti Biryani, Keema, Kari Ikan, Kofta, Handi, Tikka, Kebab, Naan, Tandoori.

image 25 27
Lamb Handi. Kredit : Murree Halal Korean Food

Ia dibuka setiap hari mulai jam 10.30 pagi hingga 11.00 malam dan sering mendapat sambutan ramai terutama menjelang tengahari dan makan malam.

Siti Sarah Restaurant

image 25 28
Kredit : Mohd Fadzil

Restoran Siti Sarah yang mula dibuka pada 2012 ini menyediakan pelbagai menu masakan Korea, Malaysia, Indonesia dan juga Egypt. Ianya sudah tentu hidangan halal buat para pelanggan Muslim. Restorannya agak simple, namun tidak pada hidangannya.

Dong Mun Halal Asian Cuisine

image 25 29

Restoran Dong Mun antara restoran yang mendapat sijil pengesahan halal di Korea. Ia terletak di Pulau Nami, yang merupakan tempat yang wajib anda kunjungi jika tiba di Korea Selatan disebabkan pulau ini merupakan salah satu lokasi penggambaran drama terkenal, Winter Sonata.

Restoran ini menyediakan pelbagai pilihan makanan Asia daripada hidangan Vietnam sehinggalah menu asli Korea . Maka tidak hairanlah ramai pelancong menjamu selera di sini.

image 25 30
Kredit : Nurul Lulu (Facebook)

Pada musim sejuk, restoran ini beroperasi mulai jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Namun, pada musim biasa ia mula beroperasi sekitar jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Restoran ini adalah restoran paling sesuai untuk mengisi perut ketika perjalanan anda ke Pulau Nami.

Busan Jib Restaurant

image 25 31

Walaupun namanya Busan Jib, tetapi restoran ini tidak terletak di Busan. Ia masih lagi terletak di Seoul, lebih tepat di Myeongdong. Ia menyajikan hidangan tempatan masyarakat Korea yang asli serta lazat.

Restoran ini menggunakan daging halal yang diperakui. Menu yang boleh anda cuba di restoran adalah daging BBQ gaya Korea, ayam rebus pedas Korea dan juga ayam ginseng.

image 25 32

Bagi anda yang bukan peminat hidangan daging, anda boleh memilih hidangan makanan laut yang sedap sekali. Cubalah memesan makanan laut pedas dan sotong cili. Hidangan ikan bakar dan asam pedas yang terdapat di restoran ini pastinya dapat mengubat kerinduan anda pada menu tempatan Malaysia.

Untuk menjamu selera di sini, anda boleh datang seawal jam 10.00 pagi setiap hari hingga jam 10.00 malam.

Nasi Lemak D'Seoul

image 25 33
Kredit : Hafiz Rosdi

Kalau dah tekak anda tak tahan sangat dengan makanan luar dan nak juga makan nasi lemak, bolehlah ke Nasi Lemak D'Seoul yang terletak di Myeongdong.

Jika anda menggunakan Subway, boleh turun di Stesen Myoung-Dong kemudian keluar menggunakan Exit 6. Jalan ke arah Street Market Myoung-Dong dan simpang pertama kanan. Jalan terus sebelum jumpa 7Eleven, Nasi Lemak D'Seoul berada di simpang 3 jalan kecil tersebut.

Restoran yang diuruskan oleh rakyat Malaysia yang menghidangkan menu seperti nasi lemak, nasi goreng kampung , assam pedas. Nasihat kami kena datang awal selalunya nasi lemak mereka ini sold out. Harga bermula 10ribu won atau dalam RM36 satu hidangan.

Kampungku Malaysian Cuisine

image 25 34
Kredit : Kampungku Malaysian Cuisine

Di Myeongdong juga, ada lagi satu restoran makanan Malaysia tetapi restoran ini lebih besar dan menyediakan lebih banyak pilihan menu.

image 25 35
Kredit : Kampungku Malaysian Cuisine

Terletak di belakang Hotel Pacific di kawasan Myeong Dong, jika berjalan dari stesen subway Myeong Dong lebih kurang dalam 200 meter sahaja. Menu yang di hidangkan ada nasi lemak , nasi goreng kampung, nasi goreng cina, tomyam, paprik, dan beberapa menu masyarakat korea.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA