Bermula esok ( 4 Ogos 2022 ) sehingga 14 Ogos 2022, pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) bakal berlangsung di MAEPS Serdang selama 10 hari. Mesti ramai-ramai nak pergi kan.
Sebelum ke sana, atau selepas ke sana boleh makan-makan bersama keluarga di 20 destinasi makan menarik yang berdekatan. Maklumlah, nak makan di MAHA terlalu ramai pula kan. Tetapi, kalau anda baca ini sewaktu bukan musim ekspo MAHA pun boleh pergi juga ya.
Jom semak 20 destinasi makan menarik berdekatan MAEPS / Ekspo MAHA 2022 ! Ada pelbagai tempat di Serdang, Sungai Merab dan sebagainya.
Restoran Mat Ayam Kampung Serdang Raya
Restoran Mat Ayam Kampung ini agak terkenal sehinggakan kini mereka mempunyai 3 cawangan. Tetapi, cawangan yang kami rekomendasi disini sudah pastilah di Serdang Raya yang berdekatan MAEPS.
Menu disini adalah nasi dan lauk-lauk kampung, tarikan utamanya pastilah ayam kampungnya yang digoreng dan dimakan bersama sambal belacan, budu, serta ulam-ulaman. Waktu paling sesuai untuk ke sini adalah waktu tengahari.
Alamat : Jalan SR 8/4, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 10:30am–5pm |
Khamis | 10:30am–5pm |
Jumaat | TUTUP |
Sabtu | 10:30am–5pm |
Ahad | 10:30am–5pm |
Isnin | 10:30am–5pm |
Selasa | 10:30am–5pm |
Sate 7 Pagi
Sesuai dengan namanya, restoran ini menyajikan menu sarapan sate seawal jam 7 pagi lagi. Selain itu, ada pelbagai lagi menu sarapan ala Johor yang ditawarkan disini seperti mee rebus, lontong dan lain-lain. Menu istimewa disini pula adalah nasi beriani arang !
Waktu terbaik untuk ke sini adalah waktu sarapan dan kedai makan ini ditutup pada waktu tengahari ya.
Alamat : 3244, Jalan 18/37, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 7am–2pm |
Khamis | 7am–2pm |
Jumaat | 7am–2pm |
Sabtu | 7am–2pm |
Ahad | 7am–2pm |
Isnin | 7–11:30am |
Selasa | TUTUP |
Restoran Astana Putra
Nama restoran ini sendiri menggambarkan betapa dekatnya mereka dengan Universiti Putra Malaysia (UPM). Restoran ini terkenal dengan saiznya yang luas, tempat makan yang selesa dan agak cantik juga. Selain itu, nama menu di restoran ini agak unik, antaranya adalah Nasi Abang Jamil.
Alamat : Astana Putra UPM, Jalan Maklumat, 43400 Serdang, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 11am–11:30pm |
Khamis | 11am–11:30pm |
Jumaat | 11am–11:30pm |
Sabtu | 11am–11:30pm |
Ahad | 11am–11:30pm |
Isnin | 11am–11:30pm |
Selasa | 11am–11:30pm |
Wadihana Kitchen & Steak House
Restoran ini menyajikan makanan lokal, asia dan juga makanan barat pada kadar harga yang berpatutan. Memang sesuai bawa keluarga makan ramai-ramai disini disebabkan pilihan menunya yang banyak. Kalau tak makan nasi, boleh ambil makanan barat dan lain-lain. Kiranya, semua selera dapat dipenuhi.
Alamat : NO G-06 Plaza, Raya 7, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | TUTUP |
Khamis | 11:30am–10pm |
Jumaat | 11:30am–10pm |
Sabtu | 11:30am–10pm |
Ahad | 11:30am–10pm |
Isnin | 11:30am–10pm |
Selasa | 11:30am–10pm |
The Acre by Farm Fresh
Antara destinasi makan paling baru dan paling 'fresh' di Serdang. Ladang yang diusahakan oleh jenama susu Farm Fresh ini sempat tular juga disebabkan konsepnya yang dibuka di tengah ladang. Memang unik sebab dapat menjamu selera sambil lihat pemandangan ladang dan haiwan dengan suasana terbuka.
Alamat : Jalan Maklumat, 43400 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | TUTUP |
Khamis | 10:00am–7:00pm |
Jumaat | 10:00am–7:00pm |
Sabtu | 10:00am–10:00pm |
Ahad | 10:00am–10:00pm |
Isnin | TUTUP |
Selasa | 10:00am–7:00pm |
Restoran Warisan Bonda
Kalau nak rasa lauk-lauk Melayu dengan macam air tangan ibu sendiri, memang patut singgah ke Restoran Warisan Bonda yang terletak di Taman Equine.
Alamat : No 1, 1, Jln Equine 10F, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 6am–12am |
Khamis | 6am–12am |
Jumaat | 6am–12am |
Sabtu | 6am–12am |
Ahad | 6am–12am |
Isnin | 6am–12am |
Selasa | 6am–12am |
House of Kambing
Mana dia penggemar kambing ? Haaa, di House of Kambing ini macma-macam jenis masakan kambing pun ada tauuu. Semuanya sedap-sedap. Harga pula berpatutan dan servis layanan dari pekerja juga cukup mesra.
House of Kambing ini terletak betul-betul di dalam kawasan MAEPS. Kalau datang sewaktu bukan musim MAHA pun, boleh makan-makan sambil tengok haiwan dan ladang.
Alamat : Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 11am–6pm |
Khamis | 11am–6pm |
Jumaat | TUTUP |
Sabtu | 11am–6pm |
Ahad | 11am–6pm |
Isnin | 11am–6pm |
Selasa | 11am–6pm |
20Laman Cafe
Tempat makan ini agak unik berbanding tempat makan lain dalam senarai ini. Kalau destinasi lain itu semuanya di premis perniagaan, tetapi 20 Laman Cafe ini adalah sebuah destinasi menjamu selera di laman rumah !
Sebab itulah namanya 20 Laman Cafe. 20 tersebut merujuk kepada nombor alamat rumah ini, dan laman adalah halaman rumahnya.
Walaupun makan di halaman rumah, tetapi agak menarik disebabkan halaman rumah ini dihias dengan cantik dengan tema ala kampung, kena pula dengan lauk-pauk disini juga bertemakan lauk-lauk kampung.
Alamat : 20, Jalan Damai 8, Taman Desa Damai, 43650 Bangi, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 11am–4pm |
Khamis | 11am–4pm |
Jumaat | TUTUP |
Sabtu | TUTUP |
Ahad | 11am–4pm |
Isnin | 11am–4pm |
Selasa | 11am–4pm |
Singgah D'Klasik
Kalau nak makan makanan akak siam, haa sinilah antara kedai siam paling terkenal di Serdang. Bukan itu sahaja,
Antara menu yang laku keras di sini ialah Nasi Goreng Tomyam, Chicken Chop, Kuey Teow Ladna, Sotong Goreng Tepung dan Tomyam. Minuman juga ada berbagai jenis. Air Tembikai Laici merupakan antara minuman yang cukup digemari ramai pelanggan di sini.
Alamat : Jalan Raya 2, Serdang Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 5pm–12am |
Khamis | 5pm–12am |
Jumaat | 5pm–12am |
Sabtu | 5pm–12am |
Ahad | 5pm–12am |
Isnin | 5pm–12am |
Selasa | 5pm–12am |
Anjung D'Hanna
Destinasi ini menyediakan makanan yang berkonsepkan melayu, jawa, thai, dan barat. Pelbagai jenis menu sarapan, masakan tengah hari, minum petang, coconut shake, western, masakan panas thai & bermacam lagi.
Anjung D' Hanna juga menyediakan bilik mesyuarat berhawa dingin memuatkan lebih 50 orang.
Katanya, nama asal kedai ini adalah Anjung namun baru-baru ini restoran ini dijenamakan semula setelah bertukar pemilik dan pengurusan.
Alamat : No. 2, Jalan 6/5, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi :
Rabu | 7am–11:59pm |
Khamis | 7am–11:59pm |
Jumaat | 7am–11:59pm |
Sabtu | 7am–3:59pm |
Ahad | 7am–11:59pm |
Isnin | 7am–11:59pm |
Selasa | 7am–11:59pm |
Warung Cikgu Sri Kembangan
Datang ke sini, wajib cuba nasi kukus ayam berempah yang digelar 'Nasi Mmanggey' disini. Memang terbaik dan banyak menerima pujian pelanggan.
Alamat : No 53, Tingkat Bawah, Jalan Bpp 8/3, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 9:00am–8:00pm |
Khamis | 9:00am–8:00pm |
Jumaat | 9:00am–8:00pm |
Sabtu | 9:00am–8:00pm |
Ahad | 9:00am–8:00pm |
Isnin | 9:00am–8:00pm |
Selasa | 9:00am–8:00pm |
Ikan Bakar Terangkat
Restoran Ikan Bakar @ Restoran Makanan Laut Yang Terletak Di Jalan Ayer Itam Kampung Sungai Merab Luar Kajang (Sempadan Bangi-Putrajaya). Mereka menjual bermacam jenis ikan/seafood segar untuk dibakar dan pelbagai menu-menu yang disediakan dengan tawaran harga yang sangat berbaloi.
Alamat : No.1, Lot 3083, Jln Ayer Hitam, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 5:00pm–12:00am |
Khamis | 5:00pm–12:00am |
Jumaat | 5:00pm–12:00am |
Sabtu | 5:00pm–12:00am |
Ahad | 5:00pm–12:00am |
Isnin | 5:00pm–12:00am |
Selasa | 5:00pm–12:00am |
Nasi Lemak Maklong
Nasi Lemak Maklong dikukus dua kali dalam santan pekat. Cukup harum, berderai dan memikat selera.
Terdapat lebih daripada 10 jenis lauk untuk dicuba. Antara yang paling popular termasuk sambal sotong, sambal paru, rendang daging dan sambal kerang. Kuih keria, popiah, lontong dan aneka kuih tradisional yang susah dijumpai di bandar seperti badak berendam dan kaswi gula melaka pun ada.
Semuanya buatan sendiri kat dapur belakang kedai!
Kalau nak datang sini, kena datang awal sebab kena beratur. Maklumlah kedai sedap.
Alamat : Jalan Aman, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 7:30am–10:00pm |
Khamis | 7:30am–10:00pm |
Jumaat | 7:30am–10:00pm |
Sabtu | 7:30am–10:00pm |
Ahad | 7:30am–10:00pm |
Isnin | 7:30am–10:00pm |
Selasa | 7:30am–10:00pm |
Restoran Sajian Sedap
Makanan tempatan seperti hidangan nasi, mi dan sup memang dekat di hati orang kita dan kena dengan citarasa masing-masing. Jika anda ingin mencuba makanan tempatan yang berbagai dan sedap, Restoran Sajian Sedap wajib anda kunjungi !
Seperti namanya, menu-menu di sini sedap-sedap belaka. Ada ayam penyet, sup gearbox, ikan bakar, roti canai, sate, nasi ayam dan banyak lagi. Jika anda rambang mata untuk memilih menunya, itu memang perkara biasa.
Alamat : Jln BPP 5/7, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 8am–1:30am |
Khamis | 8am–1:30am |
Jumaat | 8am–1:30am |
Sabtu | 8am–1:30am |
Ahad | 8am–1:30am |
Isnin | 8am–1:30am |
Selasa | 8am–1:30am |
Gerai Makan Sri Serdang
Gerai Makan Sri Serdang ini sebenarnya adalah sebuah medan selera yang menghimpunkan pelbagai penjaja makanan dan minuman.
Medan selera ini adalah salah satu destinasi makan bagi pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan digelar sebagai 'Padang' disebabkan tempatnya yang luas.
Kalau pelajar suka makan, pasti kerana tiga sebab iaitu murah, sedap dan saiz hidangan yang agak besar.
Medan selera ini memang sesuai untuk makanan sepanjang hari disebabkan ianya dibuka seawal jam 8:30 pagi sehingga jam 10 malam.
Alamat : Jalan 18/34, Taman Sri Serdang, 43400 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 8:30am–10pm |
Khamis | 8:30am–10pm |
Jumaat | 8:30am–10pm |
Sabtu | 8:30am–10pm |
Ahad | 8:30am–10pm |
Isnin | 8:30am–10pm |
Selasa | 8:30am–10pm |
Hailam Kopitiam
Mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia. Antara negeri-negeri yang mempunyai cawangan Hailam Koptiam ini adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Kuala Lumpur & Putrajaya.
Mendapat pengiktirafan HALAL secara rasmi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) restoran ini menghidangkan pelbagai jenis menu tempatan, asia, 'fusion' dan juga barat.
Restoran ini bolrh dikatakan antara restoran yang mempunyai suasana yang selesa dan nyaman di Serdang.
Alamat : No.22A, 1, Jalan 18/33, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 10am–9pm |
Khamis | 10am–9pm |
Jumaat | 10am–9pm |
Sabtu | 10am–9pm |
Ahad | 10am–9pm |
Isnin | 10am–9pm |
Selasa | 10am–9pm |
Chop N Steak
Tercari-cari ‘steakhouse’ mana yang patut disinggah? Singgah saja di Chop N Steak. Menghidangkan pelbagai jenis makanan Barat. Restoran ini cukup terkenal dengan pelbagai menu barat seperti steak yang enak tetapi harga masih lagi marhaen.
Antara menu yang patut anda cuba di sini ialah T-Bone Steak, Sirloin Steak, Lamb Chop, dan Chicken Chop. Selain itu, makanan Itali, burger, sandwich dan nasi juga boleh didapati di sini, memang berbagai !
Alamat : Alamat: Jalan 6/10, Kawasan Perindustrian, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 7am–11pm |
Khamis | 7am–11pm |
Jumaat | 7am–11pm |
Sabtu | 7am–11pm |
Ahad | 7am–11pm |
Isnin | 7am–11pm |
Selasa | 7am–11pm |
Tempat Makan Lesehan
Jika anda mahukan makanan dengan resepi asli dari Indonesia, singgahlah di Tempat Makan Lesehan. ‘Lesehan’ bermaksud bersila, jadi tempat makan disini adalah dalam posisi bersila di mana meja rendah disediakan dan tiada kerusi. Memang nikmat sebenarnya makan macam ini !
Jika anda menyukai makanan pedas, disinilah tempat anda kerana mereka menyediakan 22 jenis sambal! Antara menu yang wajib anda cuba ialah Nasi Bergaduh, Nasi Goreng Gila, Tilapia Goreng dan Gado-gado. Unik juga nama kebanyakan menu di sini!
Alamat : Jln LP 7/2, Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 11am–10pm |
Khamis | 11am–10pm |
Jumaat | 11am–10pm |
Sabtu | 11am–10pm |
Ahad | 11am–10pm |
Isnin | TUTUP |
Selasa | 11am–10pm |
JangGoat
Diinspirasikan daripada konsep 'Halalan Toyyiban', destinasi makan ini merupakan pakar dalam segala jenis masakan halal berasaskan kambing tau. Nama 'JangGoat' itu sendiri dah bagi petunjuk.
Alamat : Pusat Bandar Putra Permai, 43400 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 1–11pm |
Khamis | 1–11pm |
Jumaat | 1–11pm |
Sabtu | 1–11pm |
Ahad | 1–11pm |
Isnin | 1–11pm |
Selasa | 1–11pm |
Four & Son BBQ | Smoked Kitchen
Restoran Four & Son Barbeque akan memberikan anda pengalaman makanan barbeku yang unik. Mereka menyalai daging selama 10 - 12 jam pada suhu yang sangat rendah. Hasilnya, anda akan dihidangkan dengan tekstur daging yang lembut, 'juicy', berair di dalam mulut anda.
Alamat : B-27-G, Jalan Atmosphere 4, Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Rabu | 3–10:30pm |
Khamis | 3–10:30pm |
Jumaat | 3–10:30pm |
Sabtu | 3–10:30pm |
Ahad | 3–10:30pm |
Isnin | TUTUP |
Selasa | 3–10:30pm |