Jom ke sini, 20LamanCafe di Sungai Merab, Bangi, Selangor. Masakan kampung yang asli ditambah dengan suasana dan persekitaran menenangkan.
Kedai makan ini beroperasi di halaman rumah sahaja tetapi tetap mendatangkan variasi hidangan untuk menjamu selera anda.
Antara pilihan lauk kampung yang wajib anda cuba adalah Masak Lemak Daging Salai (pakai arang), Kari Kambing, Sambal Udang, Sambal Sotong, Ikan Jaket, Keli Cili Minang, & pelbagai lagi!
Port makan ni memang sedap dan ramai orang datang. Nasihat kami, datang awal supaya tidak kempunan. Nak 'parking' kenderaan juga agak sukar kerana lokasi cafe ini di kawasan perumahan.
Jadi, kalau anda datang awal sebelum ramai orang tu memang selamat la sikit.
Lokasi
?20lamancafe, 20, Jalan Damai 8, Taman Desa Damai, 43650 Bangi, Selangor
Kredit: twitter @faisalmaps