HalalXPlorer Logo
15 December 2023

Aktiviti Pendakian HSK Selangor dilarang mulai 1 Disember 2021

Kongsikan:

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) tidak membenarkan sebarang aktiviti pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri ini bermula esok (1 Disember) hingga 31 Jan 2022.

Menerusi notis yang dimuat naik dalam Facebook rasmi JPNS, Pengarahnya Datuk Ahmad Fadzil Abd Majid berkata pelanggaran terhadap notis tersebut akan diambil mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

https://www.facebook.com/JPNSelangor/posts/261982502621008

Ahmad Fadzil ketika dihubungi berkata larangan tersebut dibuat bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan dalam kalangan pendaki pada musim tengkujuh ketika ini.

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK) (AKTIVITI PENDAKIAN) JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR AKAN MENUTUP SEMENTARA SEMUA AKTIVITI PENDAKIAN DI DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK) NEGERI SELANGOR BERKUATKUASA MULAI 1 DISEMBER 2021 SEHINGGA 31 JANUARI 2022 SILA AMBIL PERHATIAN: PELANGGARAN TERHADAP NOTIS INI AKAN DIAMBIL TINDAKAN DIBAWAH ENAKMEN (PEMAKAIAN) AKTA PERHUTANAN NEGARA 1985. Sebarang Sebarangpertanyaan pertanyaan sila hubungi 03-55447000/03-55447507 atau emel admin_eco_park@forestry.gov.my ARAHAN: PENGARAH PERHUTANAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN 26 NOVEMBER 2021'

Orang ramai boleh menghubungi JPNS di talian 03-55447000/03-55447507 atau e-mel ke admin_eco_park@forestry.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sumber : Jabatan Hutan Negeri Selangor

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA