Cuti sekolah ini jom bawa anak-anak bercuti dan mandi-manda. Mesti mereka seronok kan, dapat rehat dan tenangkan fikiran setelah penat dengan hal sekolah.
Cuma, musim COVID-19 ini takut juga ye kalau kena bersesak dengan orang ramai. Cuti-cuti sekolah ni, penuh kolam renang kan. Kadang-kadang hotel ada 1 kolam, kecil pula tu.
Haa tak apa, kalau risau kolam renang di hotel atau pantai dipenuhi orang ramai, boleh ke Pulai Springs Resort, Johor Bahru kerana 1 resort ini mempunyai sehingga 5 kolam renang !
Selalunya, di hotel lain hanya ada kolam renang untuk kanak-kanak, tetapi disini siap ada 'baby pool' dengan air suam yang sesuai untuk bayi berusia 1 bulan sehingga 3 tahun !
Selain itu, di clubhouse resort ini juga ada lap pool, horizon pool, & juga kids pool yang cetek dengan hiasan batu-batuan.
Manakala, sebuah lagi kolam renang terletak di Tingkat 2 Cinta Ayu All Suites, dengan pemandangan taman yang menarik menjadikan keseluruhan 5 kolam renang di resort ini.
Tak cukup dengan kolam renang, disini juga ada kolam ikan dan taman permainan tertutup buat kanak-kanak !
Bilik-bilik di resort ini pula bersaiz besar, boleh memuatkan dari 2 hingga 10 orang tetamu. (Bergantung kepada jenis bilik ditempah)Banyak gambar kami letakkan, jemput tengok semua.
Lokasi
Pulai Springs Resort, 20km, Jalan Pontian Lama, 81110 Pulai, Johor Malaysia