Bangi ! Sebuah bandar yang terletak berhampiran Kajang di Selatan Selangor. Lokasi Bangi yang agak jauh dari ibukota menjadikan Bangi dan Bandar Baru Bangi sebagai tempat ideal untuk ramai menetap.
Berkembang pesat sebagai sebuah bandar yang mempunyai ramai penduduk, Bangi juga kini muncul sebagai salah satu destinasi menarik untuk kita mencari pelbagai menu. Jom kita tengok 25 destinasi makan menarik di Bangi.
JIBRIL Bangi
Gaya tersendiri, menu yang unik serta rasa yang enak. Tiga ciri tersebut cukup menggambarkan restoran Jibril yang membuka cawangan ke-3 mereka di Bangi. Kunjungan anda ke restoran Jibril yang terletak di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi pastinya akan memberikan satu keunikan tersendiri.
Mananya tidak, sebaik sampai di hadapan lot kedai mereka, tiada meja makan yang anda akan lihat dari luar. Sebaliknya, anda akan melihat bongkah batu membentuk dinding. Tersorok di celah dinding tersebut, adalah pintu untuk masuk ke Restoran Jibril.
Sebaik melangkah ke dalam restoran, anda seolah-olah berada di sebuah bar. Namun, walaupun seakan-akan di sebuah bar, Jibril menyediakan menu halal dan berkonsepkan mesra Muslim serta tidak menghidangkan sebarang minuman keras.
Bagi mereka yang mahu mencuba masakan di sini, menu yang menjadi tarikan dan wajib dicuba sudah semestinya pelbagai hidangan yang dimasak bersama mentega (butter).
Sebagai contoh, hidangan seperti nasi butter combo yang didatangkan bersama sotong, ayam dan udang. Untuk pelanggan yang mahu menikmati masakan Barat, hidangan butter chicken chop pasta perlu dicuba.
Tidak lengkap kunjungan ke Jibril dan bukanlah satu pengalaman manis tanpa menikmati pencuci mulut di sini tanpa memesan roti croissant telur masin dan pisang goreng XL. Kedua-dua menu ini dihidangkan panas-panas dan ditambah ais krim kelapa yang pasti membuatkan sesiapa sahaja mahu mencubanya.
- Alamat : 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
- Waktu Operasi : 11 AM - 10 PM Setiap Hari
- Lokasi : https://goo.gl/maps/tihrXPL5QmXA26oUA
Cheqmeq Kitchen
Restoran CheqMeq Kitchen, terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi berdekatan JPJ cawangan Bangi. Restoran ini menyediakan pelbagai masakan Melayu. Makan disini pastinya memberikan anda kepuasan dek kerana lokasi yang terbaik, suasana dalam restoran yang tenang dan selesa ditambah lagi dengan pilihan makanan yang sangat sedap.
Pasal harga pulak memang tak perlu risau kerana harganya sangat berbaloi dengan makanan yang anda terima. Lauk pauk hanya serendah RM5 sepiring tau !
Paling buat kami kecur liut adalah menu istimewa mereka yang sukar dijumpai di Lembah Klang iaitu sup merang menggunakan lutut kambing, atau bahasa inggerisnya 'Lamb Shank'.
Memang sedap, Saiznya yang cukup besar ditambah lagi dengan kuah yang memang enak. Isi yang padat dan banyak sememangnya sangat puas untuk dimakan.
Selain itu, ada lagi menu-menu hangat lain seperti ayam sambal berapi, ikan keli masak lemak, ayam kicap berapi, sambal udang galah dan lain-lain.
Alamat : 33, Jalan 7/7c, SEKSYEN 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 8 AM - 11 PM (TUTUP PADA RABU)
Lokasi : https://goo.gl/maps/tihrXPL5QmXA26oUA
Restoran Mak Kimbong
Dengan tagline Citarasa Kampung Sebenar, Restoran Mak Kimbong adalah salah satu restoran nasi campur dengan sajian lauk kampung terbaik di Bangi.Bukan sikit pilihan makanan yang ada, tapi lebih daripada 40 jenis masakan untuk dipilih.
Antara menu di sini ialah Sotong Gergasi Bakar, Ikan Bakar, Mee Kari Udang Galah 5 Ekor serta berpuluh-puluh jenis lauk kampung.
Antara yang paling disukai ramai ialah Daging Salai, Ayam Lemak Cili Api, Asam Pedas dan Kari Ikan Power. Selain itu, ada juga menu istimewa disini iaitu ayam beranak tempayan? Haa, apa tu? Nak tahu kenalah datang.
Alamat : No 17, Jalan 4/1a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu Operasi : 7AM - 5PM (TUTUP ISNIN)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/m6et78QocKn2PDsu5
Restoran Nasi Ayam Yunnan
Dikenali juga dengan nama Nasi Ayam Yunnan Al'awali, mula berniaga sejak 1996 lagi dan kekal sebagai salah satu restoran nasi ayam hainan paling sedap bukan sahaja di Bangi tetapi di seluruh Selangor.
Bertempat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, restoran ini terletak di belakang Kompleks PKNS Bangi. Harga nasi ayam dan lauk sampingan disini amat berpatutan.
Alamat : D-31G, Jalan PB3a, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 10:30AM - 6:30PM (TUTUP JUMAAT)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/m6et78QocKn2PDsu5
Restoran Sup Urat Ketin
Anda tahu tak apa itu urat keting? Urat keting ialah urat yang terletak di bahagian kaki lembu yang berwarna putih dan disaluti lemak. Untuk mendapatkan urat keting yang asli, anda perlu merebusnya dahulu supaya lemaknya terasing dari urat keting.
Rumit juga proses pembuatan sup urat keting ni. Nak buat sendiri memang idok ler. Sebab tu kena datang ke sini.
Apabila tiba di sini, anda sebenarnya tidak silap. Ejaan ketin sengaja dibuang ‘g’nya. Tetapi enapa nama restoran ini dilenyapkan abjad ‘g’ itu? Sebenarnya perkataan ‘ketin’ adalah dialek dalam Kelantan untuk keting.
Restoran ini dibuka setiap awal pagi sehinggalah ke lewat malam. Selain daripada menu sup, disini ada juga lauk pauk lain bertemakan pantai timur dan ikan bakar yang boleh dipilih.
Anda boleh makan seperti nasi campur ataupun, anda boleh juga mengambil menu seperti bihun sup atau pun kuey teow sup bersama-sama urat keting.
Alamat : 80, Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 8AM - 10PM (SETIAP HARI)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/m6et78QocKn2PDsu5
Union Square Bangi Avenue
Makan District di Union Square Bangi Avenue ini mempunyai konsep yang unik. Ada orang kata ala-ala medan selera, tetapi menggunakan restoran.
Haa, macamana tu? Sebenarnya di sini ada 5 restoran berbeza dalam satu tempat. Yang uniknya, walaupun anda dah masuk 1 restoran, anda boleh memesan menu makanan dari restoran lain. Ooo, tu yang orang kata macam 'food court' tu.
Anda boleh jer datang masuk mana-mana restoran, nanti staff akan berikan kod QR untuk anda imbas dan pesan makanan. Ada makanan barat, makanan jepun, makanan timur tengah, makanan laut,teppanyaki, thai dan aiskrim pencuci mulut ! Eh bestnyaaa!!
Lagi menarik, dekorasi di laman luar Union Square ini sangat cantik tau, terutamanya di waktu malam bila lampu-lampu bergantungan mula dipasang. Memang jadi spot OOTD terbaik !
Kalau nak buat acara makan-makan pun memang sesuai disini sebab mereka mempunyai ruang yang besar untuk himpunan, majlis dan jamuan.
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/VysNaPgHXAYRi8u5A
Bangi Square & Bangi Square 2
Kalau 5 restoran dalam satu tempat di Union Square masih tidak cukup buat anda, boleh pula datang ke sebuah medan selera sensasi di Bangi iaitu Bangi Square di Jalan Reko atau yang terbaru Bangi Square 2 di Country Heights.
Kalau ke medan selera, pastilah kita nak tengok banyaknya gerai jualan makanan dan pilihan menu kan. Haa, disini ada macam-macam gerai makanan yang sedap-sedap tau. Boleh rujuk antara gerai makanan di Bangi Square seperti gambar di bawah.
Antara yang paling hangat di Bangi Square adalah Nasi Lemak Wak Kentut, Tiga Budak Gemuk, Nasi Kukus Tonggek, Pak Mus BBQ, The Gorpis. Ditambah dengan Bangi Square 2, memang banyak betul vendor-vendor makanan di 2 tempat ini. Jadi, anda wajib pergi okay !
Bangi Square
Alamat : Bangi Square, 7525, Jalan Reko, Taman Perindustrian Kajang, 43650 Kajang, Selangor
Waktu Operasi : 11AM-11PM
Lokasi Google MAps : https://goo.gl/maps/Mxtis6nzFZ45StBJA
Bangi Square 2
Alamat : Bangi Square 2, LOT 21936-BS2, Lorong Cinta Alam A, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi : 11AM-12AM
Lokasi Google MAps : https://goo.gl/maps/Mxtis6nzFZ45StBJA
Restoran Ana Ikan Bakar Petai
Nikmati hidangan makanan laut yang segar dan terbaik tanpa perlu menempuh perjalanan yang jauh sehingga ke perkampungan nelayan atau ke cawangan asal restoran ini di Tanjung Lumpur, Kuantan.
Walaupun terletak berjauhan dengan laut, tetapi restoran ini masih lagi dapat menyediakan makanan laut yang cukup segar malah masakannya juga cukup enak !
Sentiasa dipenuhi oleh orang ramai, Restoran Ana Ikan Bakar Petai adalah kedai yang menjadi pilihan utama ramai orang yang kempunan untuk menikmati menu seperti ikan bakar bersama sambal petai, sotong tepung, udang masak butter, ketam goreng dan banyak lagi.
Dalam banyak-banyak menu ini, seperti nama restorannya, “Ikan Bakar Petai,” inilah hidangan yang wajib anda tempah.
Ikan bakarnya dilimpahi dengan sambal petai istimewa dan dibalut dengan daun pisang sebelum dibakar di atas arang. Bayangkanlah aroma yang bakal menerpa hidung sebaik tiba di kedai makan ini nanti.
Selain menyediakan hidangan yang menggiurkan, restoran ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti surau, tandas, taman permainan kanak-kanak dan tempat meletak kenderaan yang luas.
Alamat : Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 4:30PM-12AM (TUTUP SELASA)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/Mxtis6nzFZ45StBJA
Roti Canai D'Bukit
Kedai roti canai pun boleh masuk dalam senarai wajib pergi? Bukan ker tempat lain pun ada roti canai? Hehe, kena datang dulu dan anda akan tahu kenapa Roti Canai D’Bukit ini boleh dimasukkan sebagai salah satu destinasi makan wajib singgah di Bangi.
Memang kegemaran kami untuk sarapan disini disebabkan rotinya yang sungguh rangup di luar, bagaimanapun sangat lembut dan gebu di dalam. Kuah roti canai pula boleh diambil secara layan diri.
Alang-alang dah sampai tu orderlah sebanyak yang diingini sama ada roti telur, roti tampal, roti kosong atau sebagainya untuk dimakan dengan aneka kuah seperti sambal sardin, sambal biasa, kari daging, kari kambing, kuah dhal dan lain-lain mengikut selera anda.
Selain roti canai, sajian lain yang juga boleh ditempah adalah nasi lemak, mee jawa, soto, sate dan macam-macam lagi. Sate disini pun unik juga sebab ada sate rusa dan sate kambing.
Sesuai dengan namanya, kedai roti canai ini memang betul-betul terletak di bukit. Jadi, tempat letak kenderaan sangat terhad dan sukar. Mungkin anda terpaksa meletakkan kenderaan jalan di pinggir jalan dan lereng bukit. Agak mencabar ya.
Bila sampai di kedai ini, memang tak pernah tak ramai tau. Tapi, harap anda bersabar sebab walaupun orang ramai selalunya senang saja untuk dapatkan meja disebabkan servis mereka sangat pantas. Pengunjung pun cepat makan dan beredar.
Alamat : Jalan selaman, 43000 Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 6:30AM-12PM (TUTUP ISNIN)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/Mxtis6nzFZ45StBJA
Nasi Lemak Maklong
Nasi Lemak Maklong dikukus dua kali dalam santan pekat. Cukup harum, berderai dan memikat selera. Terdapat lebih daripada 10 jenis lauk untuk dicuba disini. Antara yg paling popular termasuk ayam goreng, sambal sotong, sambal paru, rendang daging dan sambal kerang.
Kalau tak nak nasi lemak, ada juga Bihun Goreng, Lontong, Nasi Kerabu Sambal Tumis dan Nasi Kukus Gulai Kerutuk.
Kalau nak membeli disini kena datang awal untuk elakkan beratur panjang walaupun pada hari bekerja disebabkan ramai pekerja di Putrajaya, Bangi, Kajang, Sepang pun membeli nasi lemak disini.
Selain menu nasi lemak, anda wajib juga membeli kuih keria gula melaka dan popia basah disini. Tidak keterlaluan kalau kami katakan kuih keria disini betul-betul level antarabangsa !
Mereka juga menjual aneka kuih tradisional yang unik dan susah dijumpai seperti badak berendam, tepung pelita dan kaswi gula melaka. Semuanya buatan sendiri kat dapur belakang kedai!
Terletak di sebuah medan selera di Sungai Merab, ada beberapa lagi gerai jualan makanan disini seperti Itik Salai Masthar, Satay Willy dan lain-lain. Namun kalau anda datang pagi kemungkinan besar gerai-gerai jualan makanan yang lain belum dibuka.
Jadi, kalau anda berminat untuk makan nasi lemak di waktu petang atau malam boleh juga datang kerana Nasi Lemak Maklong dibuka dari jam 7:30 pagi sehingga 10 malam.
Alamat : Lot 20833, Jalan Haji Yusoff, Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, Malaysia
Waktu Operasi : 7:30AM - 10PM
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/nmb3zF9p3LT1LiEc9
Warung Bunian
Masih lagi di Sungai Merab, tetapi kali ini masuk lebih ke dalam berbanding dengan Nasi Lemak Maklong. Memang kena dengan namanya iaitu Warung Bunian hehe.
Nama Warung Bunian itu adalah gelaran yang diberikan oleh pengunjung disebabkan lokasinya yang tersorok kerana lokasinya yang tersorok dan dilindungi bukit sehingga sering terlindung daripada pandangan mata umum.
Nama sebenar warung ini adalah Warung Tapak Sulaiman, terletak di Kampung Desa Putra.
Anehnya walaupun tersorok, restoran ini tetap dikunjungi pelanggan dan aura 'bunian' itu terus menarik pelanggan yang ramai setiap hari termasuk mereka yang datang dari jauh seperti Melaka, Johor dan Singapura.
Menu wajib disini di waktu sarapan adalah nasi lemak telur bungkus, nasi lemak bunian dan juga roti jiwa kacau (roti canai dicarik dan digaul bersama telur).
Bagi makan tengah hari, lauk secara hidang adalah keistimewaan kedai berkenaan dan jarang dilakukan di tempat lain. Menu yang disediakan juga sama, iaitu setiap hari terdapat empat menu dalam satu set hidangan dan harganya tidak lebih daripada RM20 untuk seorang.
Menu di kedai ini tidak banyak, tetapi ia ada peminat tersendiri seperti gulai ketam masak lemak cili api, udang galah masak lemak cili api, ikan goreng kicap dan udang galah masak sambal.
Alamat : Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi :
Rabu | 7:30am–2pm |
Khamis | 7:30am–2pm |
Jumaat | 7:30–10:30am |
Sabtu | 7:30am–2pm |
Ahad | 7:30–11am |
Isnin | 7:30am–2pm |
Selasa | 7:30am–2pm |
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/nmb3zF9p3LT1LiEc9
MZ Cafe Bangi
Restoran ini menyediakan sehingga 420 pilihan sajian makanan yang enak dan berkualiti tinggi terdiri daripada Masakan Panas, Masakan Nusantara, Masakan Western, Masakan Ala – Thai, Ikan Bakar dan pelbagai lagi menu yang pastinya dapat memenuhi semua selera pengunjung. Cakap sahaja menu apa, pasti anda akan jumpa bila berada di MZ Cafe Bangi ni!
Antara menu yang wajib anda cuba semasa berada di MZ Cafe Bangi ni seperti Ketam Telur Masin, Sotong Goreng Crispy, Udang Butter, Makanan Western, Ikan Bakar dan Sup Gear Box. Kesemua menu ini merupakan hot selling di kedai MZ Cafe Bangi tau! So memang korang wajib cubalah kalau berada di MZ Cafe Bangi ni!
Bukan itu sahaja tau, antara sebab lain yang menjadikan MZ Cafe Bangi sebagai destinasi pilihan tempat makan yang menarik adalah ruangan cafe yang sangat luas! Jadi tiada masalah untuk membawa keluarga yang besar menjamu selera disini, confrim selesa punyalah!
Ruangan parking yang disediakan juga mampu menampung kapasiti tetamu yang ramai. Kebiasaannya, bila kita pergi makan diluar, pasti ada masalah berkaitan dengan parking kan? Tak cukup parking lah, parking penuh lah dan pelbagai lagi masalah yang timbul kalau berkaitan dengan parking ni kan. Tapi di MZ Cafe Bangi ni, anda tak perlu risau lagi berkaitan dengan perkara ini. Boleh datang, dan terus parking sahaja. Tiada masalah orang kata.
Selain itu, MZ Cafe Bangi ada menyediakan tempat makan duduk bersila tau(ala – ala kampung gitu). Siapa yang ingin duduk bersila, boleh tiada masalah. Kalau siapa yang nak duduk di kerusi pun boleh tiada masalah. Anda boleh pilih sendiri nak duduk kat mana, haa. Menarik kan?
Apa yang lagi menarik adalah, di MZ Cafe Bangi ada menyediakan tempat mainan kanak2 yang diberi nama Bouncy Castle! Dengan adanya Bouncy Castle ni ibu bapa dapat menjamu selera dengan tenang dan santai sambil memerhati anak mereka bermain di Bouncy Castle.
Alamat : MZ Cafe Bangi, Jalan Utama, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 5PM - 12AM (Setiap Hari)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/nmb3zF9p3LT1LiEc9
Bawal Power Sempoi
Ikan bawal goreng panas-panas dicicah bersama kicap dan dimakan bersama nasi panas. Memang terbaik !
Walaupun nama restoran ini adalah Bawal Power Sempoi, tetapi macam-macam menu lain turut disediakan disini.
Antaranya ialah sotong bakar yang 'juicy', kenyal dan lembut. Bau rempah-ratus bukan sahaja membangkitkan selera malah turut menggambarkan keenakan sotong bakar disini.
Rasanya yang unik semestinya tidak dapat dilupakan selepas resepi turun temurun itu dijamah.
Selain sotong bakar, ada banyak lagi lauk-lauk lain dengan citarasa utara.
Alamat : Lot 5939, Taman, Jalan Taman Sentosa, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 11AM - 11PM (Setiap Hari)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/nmb3zF9p3LT1LiEc9
Restoran D'Limau Nipis
Restoran D’ Limau Nipis Restoran menghidangkan pelbagai jenis lauk-pauk yang enak untuk dipilih, bukan hanya kerana kecukupan rasanya, tapi juga disebabkan kesegaran hidangan makanan lautnya.
Restoran D’Limau Nipis hanya menggunakan bahan mentah Gred A dan berkualiti tinggi sahaja yang dicari dan dipilih seperti sotong segar, ikan pari segar dari Sg.Besar (Sabak Bernam) , talapia / patin Sungai Pahang (Kuala Krau) serta ikan keli organik bagi produk utama Ikan Bakar Segar.
Menyajikan lauk nasi campur ala kampung dengan aneka sambal utama seperti sambal belacan, budu, cencaluk, tempoyak, bilis tumbuk, sambal nyoir serta bacang, kuini dan belimbing yang bermusim, restoran ini juga menghidangkan ikan pekasam yang menjadi pembuka selera.
Antara masakan yang boleh ditemui di sini adalah ikan bakar, sotong bakar dan lain-lain lagi. Jangan lupa untuk mengambil ulam-ulaman yang disediakan, barulah lengkap hidangan kampung anda!
Mereka juga turut menghidangkan minuman istimewa yang mempunyai rasa masam dan manis seimbang yang menyegarkan iaitu Air Istimewa dl’03 dan sentiasa menjadi kegemaran pelanggannya.
Alamat : No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 8AM - 5:30PM (TUTUP JUMAAT)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/nmb3zF9p3LT1LiEc9
Restoran Belauk
Restoran Belauk di Seksyen 7 ini menghidangkan aneka masakan Kelantan dan pantai timur. Antara hidangan yang ada di sini adalah seperti nasi dagang, nasi lemak, nasi kerabu, laksam, sup belut, asam pedas, ikan bakar, roti titab dan banyak lagi makanan yang lain, sampai tak tahu nak pilih yang mana.
Sebagai Restoran ‘Belauk,’ pastinya antara menu wajib dicuba disini adalah Nasi Berlauk Kelantan. Macam-macam juadah yang disediakan di sini. Antaranya termasuk Kerutuk Itik, Ayam Percik, Gulai Ayam Kampung, Ayam/Daging Bakar dan Gulai Kambing.
Alamat : No.73&75, Jalan 7/7c, seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 6:30AM - 8PM (SETIAP HARI)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/nmb3zF9p3LT1LiEc9
Restoran MyViets
Makanan Korea, Jepun, Thailand dah biasa sangat dengan orang Malaysia. Tapi, bagaimana pula dengan makanan asli Vietnam ? Pernahkah anda mencubanya ? Atau mungkin juga anda pernah ke Vietnam dan rindukan makanan mereka?
Anda boleh datang ke MyViets. Mereka berada di beberapa lokasi tetapi cawangan di Bangi adalah cawangan pertama mereka. Menu disini kesemuanya mendapat pengesahan Halal.
Sudahlah susah mencari makanan Vietnam di Malaysia, mencari makanan Vietnam yang Halal 2 kali ganda susah. Tapi, anda boleh menjumpai restoran 'rare' ini di Bangi.
Restoran ini mula beroperasi pada November 2020 Dinamakan MyVeits adalah gabungan My = Malaysia Viets = Vietnam.
Mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang terkenal di Vietnam. Antara yang laris di sini ialah Pho (Beef Noodle Soup), Bahn Mi with Lemongrass Chicken (Baguette). Vietnamese Summer Roll fan. Bagi minuman pula ialah Vietnamese Coffee dan Ciku Milkshake.
Bermacam makanan Vietnam yang anda boleh nikmati di sini. Senarai makanan Vietnam tidak lengkap kalau anda belum mencuba lagi Pho Bo 4-Beef Combo yang menyediakan 4 jenis bahagian daging pilihan.
Alamat : 15-G-1, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 11:45AM - 10PM (SETIAP HARI)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/nmb3zF9p3LT1LiEc9
Restoran Nippon Sushi
BAGI kaki makanan Jepun terutamanya sushi, anda boleh menikmati pelbagai menu menarik seperti sashimi, sushi, makimono, gohan, teppan, Tamago Pancake, rib eye, gyuniku karubi, Temaki, tori karaage, Udon , Kinoko dan pelbagai lagi.
Restoran milik usahawan bumiputera (Puan Siti Nuraini Nuawi) ini menawarkan lebih daripada 200 menu Jepun yang menarik dan dijamin halal oleh JAKIM.
Menu yang paling disyorkan untuk anda cuba selain daripada sushi yang sedap-sedap ialah ialah Cheesy Tori Karagee & Gyuniku karubi.
Sebenarnya semua menu disini akan membuatkan andarambang mata nak cuba yang mana satu sebab semuanya menyelerakan!
Paling kami suka berkenaan restoran ini adalah disebabkan kecanggihannya. Selalu kita ke restoran Jepun kita hanya jumpa Sushi Belt, tapi di Nippon Sushi, siap ada landasan untuk robot menghantar makanan seperti ini. Wah canggih !
Suasana restoran pula memang cukup moden dan bersih. Jadi, kalau anda teringin makanan Jepun yang Halal dengan persekitaran yang bagus boleh ke Nippon Sushi.
Jemput makan tanpa was-was !
Alamat : Jalan Medan Pb 2a, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 11:45AM - 10PM (SETIAP HARI)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/nmb3zF9p3LT1LiEc9
Nasi Kandar Express
Di Bangi, jika anda teringin nak makan nasi kandar, boleh datang ke Nasi Kandar Express yang terletak di Bandar Baru Bangi. Logo Nasi Kandar Express tu bukan muka Dr. Zakir Naik ya. Itu merupakan wajah ayah kepada owner Nasi Kandar Express ni.
Restoran ini agak unik berbanding restoran nasi kandar yang lain dimana kaunter membuat pesanan dan bayaran di sini adalah ala-ala restoran makanan segera (Fast Food). Padanlah namanya Nasi kandar express !
Paling penting, ramai orang kita takut nak makan di restoran nasi kandar atau restoran mamak disebabkan status mereka yang tidak diketahui. Kata mamak, rupa-rupanya bukan Islam dari negara India.
Tapi, Nasi Kandar Express 100% milik orang Muslim. Barang-barang mentah juga dibeli sendiri oleh pemilik NKE setiap hari dan pembekal daging/ayam dibekalkan oleh orang Muslim juga. Staff pun Muslim.
Alamat : 17, Jalan 15/1b, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 8PM - 3AM (SETIAP HARI)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/WXpSMwVGHLeETXTA8
KEMASKINI OGOS 2022 : NASI KANDAR EXPRESS BANGI TELAH DITUKAR KEPADA NASI KANDAR SHEIKH KASSIM BISTRO
Meat Cartel Bangi
Meat Cartel BBQ adalah cetusan idea En Shafiq dan En Nazirul pada 2017. Kedua-duanya bermula dari dapur di rumah mereka dengan visi untuk membawa barbeku gaya Amerika atau lebih tepat lagi, gaya Texas yang asli kepada orang ramai di Malaysia.
Hari ini Meat Cartel BBQ mempunyai 13 cawangan serata Malaysia termasuk di Bandar Baru Bangi. Di sini, anda perlu mencuba hidangan-hidangan popular mereka seperti El Camino iaitu daging brisket diasap pada suhu rendah dan untuk tempoh yang lama. Di mana kebiasaannya mengambil masa dari 12 hingga 14 jam lamanya. Nah! Kaedah ini menghasilkan daging yang cukup lembut dan berperisa. Memang kita akan dapat merasai sendiri tekstur daging yang berjus, cukup rasa dan lembut sangat.
Set El Camino tersebut turut didatangkan bersama hidangan sampingan. Jika anda bukan peminat daging, masih ada lagi menu-menu lain yang patut anda cuba seperti Chicken Plate, Pasta dan Mac & Cheese.
Alamat : A 39-G, Jalan Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 12PM - 11PM (SETIAP HARI)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/WXpSMwVGHLeETXTA8
Restoran Sambal Uleg
Jika anda menggemari menu pedas dan sambal asli dari Indonesia, jemput datang ke Restoran Sambal Uleg.
Menu kegemaran pengunjung ke sini pastinya set ayam penyet. Selain itu, anda juga boleh cuba set kambing bakar penyet dan lele penyet. Dengar kata, owner kedai bela sendiri ikannya. Patutlah besar-besar!
Alamat: 49, Jalan 7/7c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, SelangorWaktu Operasi : 11:30AM - 9PM (TUTUP JUMAAT)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/WXpSMwVGHLeETXTA8
RSMY Best Cheese Naan
Siapa saja yang tak kenal dengan restoran RSMY ini? Bermula dari Kuala Lumpur, nama RSMY S]sudah sangat terkenal sebagai restoran yang menyediakan Best Cheese Naan atau Roti Naan Cheese Terbaik. RSMY Bandar Baru Bangi terletak di Seksyen 8, berhampiran Kawasan Perumahan Sri Bangi. Cawangan ini merupakan cawangan ke-4 RSMY Best Cheese Naan.
Sesuai dengan nama restroan, menu istimewa mereka tentulah cheese naan. Anda boleh dapatkan roti naan kosong, bersama cheese atau extra cheese, disamping perasa lain seperti garlic cheese, butter cheese dan lain-lain.
Roti naan mereka selalunya dinikmati bersama ayam tandoori, Kari dan keema daging. Selain dari roti naan, mereka juga menyajikan seleksi nasi seperti nasi beriyani, nasi tomato, nasi lemak dan sebagainya.
Alamat: G9, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 11:30AM - 12AM (SETIAP HARI)
Lokasi Google Maps :https://goo.gl/maps/WXpSMwVGHLeETXTA8
Restoran Samurai Yakiniku
Kalau sebut berkenaan makanan Jepun, mesti kita asyik ingat sushi dan sashimi saja kan. Sebenarnya ada lagi konsep makanan Jepun yang agak terkenal iaitu Yakiniku.
Yakiniku ni bermaksud daging panggang atau panggang. “Yaki” bererti “dibakar” dan “niku” bererti “daging”.
Kalau anda nak merasai pengalaman memanggang daging halal dengan cara Jepun boleh cuba di Restoran Samurai Yakiniku yang terletak di Bangi Gateway.
Samurai Yakiniku ini juga diusahakan oleh usahawan bumiputra yang masih muda. Jadi, bab Halal tu tak menjadi masalah disini walaupun ada daging mereka diimport dari Jepun.
Paling anda kena cuba adalah Daging Wagyu Gred A5 yang halal. Cuba anda bakar selama 5-10 saat bagi setiap belah, kemudian nikmati daging tersebut mencair di dalam mulut anda. Fuhh !
Selain Yakiniku, banyak juga hidangan Jepun yang boleh dipesan secara 'ala-carte'. Contohnya seperti Gyoza, Cikin Katsu, Unagidon, Shoyu Ramen dan pelbagai lagi.
Alamat: C-11-G Bangi Gateway Shopping Complex Persiaran Pekeliling Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 11:30AM - 11PM (TUTUP RABU)
Lokasi Google Maps : https://g.page/Samuraiyakinikubangi?share
JAHHET Fine Meat
Jika anda mahu mencuba pelbagai jenis hidangan steak premium dan kualiti tinggi, JAHHET Fine Meat @ Bangi adalah salah satu restoran yang wajib anda terjah. Salah satu daging premium yang disediakan disini adalah daging Wagyu A5 dari Miyazaki, Jepun.
Daging wagyu dari Miyazaki, Jepun memang terkenal sebagai daging wagyu terbaik di Jepun dan pernah memenangi Anugerah Perdana Menteri bagi Pameran Kompetitif Kebangsaan Wagyu pada tahun 2007 dan 2012.
JAHHET Fine Meat muncul restoran pertama di Malaysia yang menyediakan daging Wagyu halal yang terbaik dari Miyazaki, Jepun. Daging itu diimport sepenuhnya dari pengeluar daging wagyu dan mendapat pensijilan halal dari Jepun dan Jabatan Agama Islam (JAKIM).
Pihak pembekal daging disini melakukan lawatan ke ladang penternakan lembu wagyu dan dapat melihat sendiri proses membiak lembu dilakukan oleh penternak lembu di Miyazaki, Jepun.
Sebagaimana konsep syarikat penerbangan AirAsia iaitu Kini Sesiapa Boleh Terbang, JAHHET juga menawarkan konsep sama “Kini Semua Orang Boleh Makan Wagyu Jepun” tanpa perlu terbang ke Jepun atau menikmatinya di hotel ternama.
Ramai yang beranggapan daging wagyu mahal tetapi sebenarnya ada juga yang ditawarkan pada harga rendah kerana wagyu sendiri mempunyai 15 jenis gred daging.
Anda boleh menikmati wagyu pada harga serendah RM84 sehingga kepada lebih RM25,000 di restoran ini dengan hidangan minuman adalah percuma sepanjang masa (free flow).
Alamat: E—G-09, Streetmall Bangi Gateway, Jalan GE, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 12PM - 9:30PM (TUTUP ISNIN)
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/zFEkT8wzvFoS3m8Z7
Me'nate Steak Hub
Siapa yang tak tahu Me'nate Steak Hub kan. Di waktu kebanyakan rakyat Malaysia hanya menikmati Chicken Chop & Lamb Chop, Me'nate Steak Hub lah antara restoran terawal memperkenalkan pelbagai jenis menu steak dari daging premium dan berkualiti tinggi.
Masa itu juga baru kita tahu rupanya daging ada banyak jenis. Dari berpuluh ringgit sehingga ke puluhan ribu ringgit.
Sempat tular juga di masa lalu disebabkan pemilik jenama ini sewaktu itu adalah merupakan salah seorang 'butcher' yang pernah berkhidmat untuk Ratu Elizabeth di Istana Buckingham.
Satu lagi disebabkan ada pelanggan yang menikmati steak di Me'nate Steak Hub sehingga beribu ringgit. Setelah diselidiki pelanggan tersebut telah memesan daging premium yang sememangnya mahal.
Tapi, anda jangan risau untuk ke sini. Sebabnya bila anda masuk ke sini, anda boleh memilih sendiri potongan dan jenis daging yang anda mahu. Setiap potongan daging tersebut telah diletakkan tanda harga tauuu. Jadi, boleh bajet-bajet dahulu sebelum makan ya.
Daging tersebut boleh dipilih di peti sejuk beku di dalam restoran. Selepas selesai memilih, barulah potongan daging tersebut akan dimasak mengikut citarasa anda sama ada nak Rare, Medium Rare, Medium ataupun Well Done.
Alamat: 3B, Curve Business Park, 25, Jln Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 11AM - 11PM (REHAT JUMAAT 12:30PM - 2PM )
Lokasi Google Maps :https://goo.gl/maps/zFEkT8wzvFoS3m8Z7
D'Warung Bawal Goreng Panas
Lokasinya hanya bersebelahan dengan restoran Roti Canai D’Bukit. Keenakan ikan bawal yang digoreng garing di kedai ini juga tidak boleh dinafikan. Tetapi anda harus cepat jika mahu mendapatkan ikan bawal goreng mereka. Jika datang selepas waktu puncak makan tengahari, mungkin nda dah boleh lupakan niat untuk mendapatkan ikan bawal. Tetapi mereka masih memiliki pelbagai pilihan yang boleh anda makan seperti ayam goreng dan ikan keli.
Alamat: 3B, Curve Business Park, 25, Jln Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 11AM - 11PM (REHAT JUMAAT 12:30PM - 2PM )
Lokasi Google Maps :https://goo.gl/maps/zFEkT8wzvFoS3m8Z7
Restoran Asam Pedas Parit Jawa Muar (JDT)
Tidak perlu lagi untuk ke Muar bagi mendapatkan Asam Pedas Muar yang popular itu. Lokasi restoran ini ialah di Bangi Sentral dan berhampiran dengan Kompleks PKNS.
Alamat: Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi :
Sabtu | 1–7pm | |
Ahad | 11am–7pm | |
Isnin | 11am–7pm | |
Selasa | 11am–7pm | |
Rabu | 11am–7pm | |
Khamis | 11am–4pm | |
Jumaat | TUTUP |
Lokasi Google Maps : https://goo.gl/maps/zFEkT8wzvFoS3m8Z7