HalalXPlorer Logo
5 tempat makan menarik di shah alam
03 October 2022

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam

Kongsikan:

Seksyen 7 adalah merupakan salah satu kawasan tumpuan di Shah Alam disebabkan disini terletaknya institusi pengajian seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Selangor (UniSel). Disini juga terletaknya fasiliti kesihatan iaitu Hospital Shah Alam.

Tak kurang juga adalah pusat hiburan dan taman tema i-City juga terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Kalau bab komersial, di Seksyen 7 ada sebuah kompleks membeli belah Central i-City dan juga deretan butik pakaian yang memang memang diserbu ramai orang terutamanya pada musim perayaan.

Tapi, bagaimana pula dengan destinasi untuk makan. Agak-agak ada tak kedai makan menarik di sini ? Haa harini kami akan beri cadangan kepada anda, 5 kedai makan yang anda boleh kunjungi di Seksyen 7 Shah Alam

Kambing Ke Langit

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

Peminat tegar menu kambing kena masukkan dalam list kedai ni, Jom serbu! Datang sini memang wajib pekena mereka punya menu-menu kambing tu, antara yang terbaik kat Shah Alam. Anda tengok la sendiri gambar-gambar menu mereka, telan air liur kan hehe.

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha
5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

Antara menu yang anda wajib cuba

  • Nasi Kerabu Kambing Bakar (Sumpah Sedap)
  • Nasi Kukus Kambing Bakar (Sedap Juga)
  • Maggie Goreng Kambing Bakar
  • Nasi Goreng Kambing Special

Kambing Dia Sumpah Padu Dengan Kuah Pekat Wehh. Selain tu ada menu macam2 lagi :

  • Nasi Kerabu Ayam Berempah
  • Nasi Kerabu Ayam Percik
  • Nasi Ala Kakawok (nasi kembekk)
  • Nasi Kukus Ayam berempah
5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha
5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

.Plus Ada Menu baru

  • Nasi Ayam Penyet
  • Pecel Lele
  • Nasi Talapia Penyet
  • Nasi Bawal Penyet
  • Nasi Dagang Ikan Tongkol
  • Nasi Harimau Nanges

Yang penting harga berpatutan sesuai utk semua.

Untuk minum pula ada Air Smooties Yang Guna Buah-buah Freshhh. Ada Kiwi, Avocado, DragonFruit, Manggo, Apple, Chocolate, Tengok Gambar Kaw-kaw Likat Air.

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha
5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha
5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha
5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha
5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

Kopi Saigon Pon Ada, Original Vietnam Mari. KOPI Vietnam dia memang kaw habis beb! Serius! Nak air buah biasa pun ada juga ya.

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

Alamat : Kambing Ke Langit, 2gx, Jalan Plumbum X 7/X, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 11AM-11PM (TUTUP ISNIN)

Eat & Repeat Cafe

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha
Kredit : KLFoodie

Ini memang unik dan sukar dijumpai di tempat lain sebab satu hidangan di kafe ini hanya RM2.20 sahaja ! Kami rasa sebab itulah namanya Eat & Repeat, lepas makan boleh ulang lagi, tkde hal pun sebab memang murah !

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

Kiranya Eat & Repeat Cafe ni antara kafe yang menyediakan menu paling murah di Shah Alam. Asalnya mereka hanya menjual pada kadar harga RM1.90 bagi setiap hidangan namun disebabkan peningkatan kos operasi, harga terpaksa dinaikkan bermula Julai 2022. Tapi okaylah sebab masih murah.

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

Saiz hidangan disini tidaklah besar tapi itu yang best sebab anda boleh mencuba macam-macam hidangan tanpa rasa kenyang ! Berbaloi-baloi. Yelah, kadang-kadang bila kita tengok menu pun kita nak ghaso-ghaso jahhh. Nampak macam sedap hehe.

Antara menu yang wajib anda cuba disini adalah :

Nasi Lemak

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha
Kredit : KLFoodie

Mee Kari

Bubur Nasi

Bihun Sup

Ais Krim Brownies

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

Alamat : YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, Pusat Komersial Seksyen 7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 12PM-11PM (SETIAP HARI)

Murni Discovery Shah Alam

Memiliki beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang, Murni Discovery ini memang terkenal kerana mereka menyediakan pelbagai pilihan menu bermula dari sajian tempatan, fusion dan juga barat. Memang banyak menu dengan nama unik yang tak boleh jumpa di tempat lain.

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha
Mee Raja

Selain itu, saiz bagi setiap hidangan agak besar dengan harga yang berpatutan.

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

Alamat : Murni Discovery Shah Alam, Pusat Komersil, ACG-47, Blok AC, Jalan Plumbum Ac 7/Ac, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 12PM-12AM (TUTUP ISNIN)

Restoran Salai-Salai

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

Dengan tagline ‘Salai-Salai Sedap Mari Lagi’, restoran ini sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik, bersih serta selesa disamping harga berbaloi untuk semua menu salai masak lemak cili api kegemaran ramai termasuk Itik, daging, ayam, ikan keli dan talapia.

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

Selain menyajikan makanan berasaskan salai masak lemak cili api, Restoran Salai-Salai juga menyediakan masakan Western selepas jam 5 petang. Ini bagi memberi variasi makanan kepada pelanggan.

Alamat : No 25, Jalan Plumbum V 7/V, Seksyen 7, Shah Alam, Malaysia
Waktu Operasi : 11AM-10PM (ISNIN-JUMAAT)
, 11AM-11PM (SABTU & AHAD)

Restoran Al-Rawsha

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

Restoran ini dikatakan ramai sebagai restoran yang menyajikan pelbagai masakan Timur Tengah yang sedap dan berbaloi dengan harga. Boleh dikatakan restoran nasi arab yang terkenal di Shah Alam untuk dicuba.

5 Tempat Makan Menarik di Seksyen 7 Shah Alam Kambing Ke Langit Eat & Repeat Cafe Murni Discovery Salai-Salai Al-Rawsha

Kita nampak macam makanan Arab semua sama kan? Tapi sebenarnya berbeza tau. Al-Rawsha ini mempunyai kepakaran dalam menyediakan makanan dari Lubnan. Bahkan, nama restoran ini juga diinspirasikan dari salah satu batu terkenal di Lubnan.

Alamat : 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 10AM-12AM (SETIAP HARI)

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA