7-Eleven, adalah kedai serbaneka yang sudah lama bertapak dan tidak asing lagi di Malaysia. Malah, 7-Eleven sudah ada di Malaysia sebelum kita kenal kedai serbaneka lain seperti Family Mart, CU dan sebagainya.
Boleh dikatakan setiap penjuru kawasan memang ada 7-Eleven ini. Dikatakan ada lebih 2,400 cawangan 7-Eleven di Malaysia.
Tetapi, ada satu 7-Eleven yang baru sahaja dibuka ini memang cukup lain daripada 7-Eleven yang kita kenali sebelum ini.
Mana tidaknya, dari luar saja dah boleh tengok cawangan ini dibuka di corner lot kedai 3 tingkat. Memang dah cukup berbeza dengan 7-Eleven lain yang hanya dibuka di satu lot kedai kecil.
Cawangan Terbesar di Malaysia
Rupa-rupanya, 7-Eleven ini adalah 7-Eleven terbesar di Malaysia tau ! Ha, dah besar-besar tu nak jual apa?
Hah, memang banyak jenis barangan dijual disini. Di 7-Eleven ini, siap ada seksyen buku daripada BookXcess, seksyen barangan kecantikan, seksyen makanan sedia dimasak, pastri, dan pelbagai lagi ! Dah macam pasaraya dah.
7-Cafe
Sesuai dengan konsep terbaru yang mereka perkenalkan baru-baru ini, cawangan ini juga memiliki 7 Cafe dimana anda boleh memesan pelbagai snek ringan dan minuman yang akan dibuat oleh barista/staf selepas anda membuat pesanan.
Cuma, disini lebih advance kerana menu minuman mendapat sentuhan jenama Neko Neko iaitu jenama minuman Matcha terkenal.
Ada juga meja dan kerusi disediakan sebagai ruang untuk anda duduk, lepak dan menikmati snek yang baru anda beli.
Merchandise 7-Eleven
Bukan sahaja barangan biasa, malah anda juga boleh dapatkan cenderamata khas dan eksklusif daripada 7-Eleven. Yang ini memang rare dan sukar ditemui di cawangan lain.
Alamat
7-Eleven, 2, Jalan Puteri 1/1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor