Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu memberi kesan kepada sektor pelancongan di serata Malaysia. Antara yang turut terkesan adalah Bukit Gambang Water Park yang terpaksa menutup operasi mereka.
Bagaimanapun, akhirnya ada juga berita gembira apabila pihak pengurusan mengumumkan Bukit Gambang Water Park yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri Pahang kembali dibuka bermula penghujung September 2022.
Bolehlah warga Pantai Timur bercuti dan mandi-manda bersama keluarga dalam masa terdekat ni.
Harga Tiket & Waktu Operasi Bukit Gambang Waterpark
Sempena pembukaan, promosi harga tiket terbaru adalah RM28 bagi dewasa 13 tahun ke atas, RM18 bagi kanak-kanak 3 hingga 12 tahun.
Waktu operasi bagi taman tema air ini adalah bermula jam 11 pagi sehingga 6 petang pada rabu sehingga jumaat manakala bagi sabtu, ahad, dan cuti umum adalah pada 10 pagi sehingga jam 6 petang.
Lebih menarik, hotel di sekitar taman tema tersebut juga bakal dibuka dalam masa terdekat. Kalau nak dapatkan penginapan menarik di Bukit Gambang Waterpark boleh klik disini