Kalau sebut mengenai tarikan pelancongan di Shah Alam sudah pastinya adalah i-City yang merupakan sebuah pusat hiburan keluarga.
Ada pelbagai jenis tarikan di sini, bermula daripada taman tema air sehinggalah kompleks membeli-belah.Waktu malam pula kawasan ini bermandikan cahaya LED dan neon yang indah.
Tetapi, tak larat juga kita nak memusing satu kawasan i-City ini seharian kan. Memang kena rehat dan tidur dulu, lepastu baru sambung balik melakukan aktiviti di sini.
Mujur, sebuah hotel 5 bintang bakal dibuka di i-City bermula 1 September 2022 ini iaitu Doubletree by Hilton Shah Alam. Wah, makin seronok bila ke i-City nanti.
Lokasinya hanya di sebelah kompleks membeli-belah Central i-City dan berhadapan taman tema air i-City. Memang mudah bila menginap disini nanti, semua tempat menarik jalan kaki sahaja.
Selain itu, hotel ini juga terletak berdekatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dan hanya 22 Kilometer dari Lapangan Terbang Subang.
Hotel berketinggian 43 tingkat ini mempunyai 300 bilik lengkap dengan fasiliti seperti bilik mesyuarat, gimnasium, kolam renang, restoran, dewan.
Untuk membuat tempahan, boleh klik pautan ini.
Lagi Gambar
Lokasi
DoubleTree by Hilton Shah Alam, i-City Finance Avenue, 40000 Shah Alam, Selangor