HalalXPlorer Logo
10 May 2022

Sempadan Dah Buka, Tapi Hanya 8 Orang Masuk ke Thailand Melalui Padang Besar

Kongsikan:

Mulai 1 April 2022, pintu sempadan Malaysia dan Thailand telah dibuka melalui Wang Kelian, Perlis dan juga Bukit Kayu Hitam, Kedah. Namun, suasana suram menyelungi pintu sempadan negara pada hari tersebut dek kerana kurangnya pengunjung yang menggunakan pintu sempadan tersebut.

Kira-kira sebulan berlalu, satu lagi pintu sempadan kedua-dua negara iaitu di Padang Besar, Perlis mula dibuka pada 5 Mei 2022, namun menghadapi nasib yang sama seperti 2 lagi pintu sempadan yang lain.

Sempadan Dah Buka, Tapi Hanya 8 Orang Masuk ke Thailand Melalui Padang Besar
Pintu Sempadan Padang Besar. Kredit : Paultan

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan Negeri Perlis, Ruzaini Rais, hanya 8 orang memasuki negara Thailand manakala tiada individu yang memasuki negara Malaysia melalui pintu sempadan berkenaan pada tiga jam terawal pembukaannya.

Situasi yang berlaku berkemungkinan disebabkan beberapa faktor termasuk tiada persiapan rapi dalam menyiapkan dokumen yang diperlukan selain tidak mendapat maklumat lanjut mengenai pembukaan pintu sempadan terbabit.

Bagaimanapun, dijangkakan akan berlaku peningkatan dari segi jumlah individu yang memasuki kedua-dua negara khususnya dalam masa beberapa minggu akan datang.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA