

Masjid Razaleigh di Bandar Lama Gua Musang, Kelantan yang mempunyai sembilan menara menyerupai Masjidil Haram Makkah akan dibuka April ini sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan selepas tertangguh 2 tahun akibat pandemik COVID-19.


Kata Tengku Razaleigh yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang,
"Kita nak tegok pandemik Covid-19 itu boleh berakhir atau sebaliknya selepas 31 Mac nanti dan jika tamat bolehlah kita buka masjid ini untuk solat.
"Kalau Covid-19 masih lagi menular, mungkin kita tangguh untuk tujuan itu,"
Tengku Razaleigh berpuas hati dengan pembinaan Masjid Razaleigh yang baharu itu bagi menggantikan masjid lama yang kerap tenggelam banjir setiap musim tengkujuh dan tidak dapat menampung jemaah ramai.

"Masjid baharu ini cukup selesa dan dapat menampung jemaah yang lebih ramai, selain lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik imam, bilal, dewan mesyuarat, kuliah dan bilik jenazah," katanya.
Beliau berkata, kemudahan paling penting adalah ruang khusus untuk kursus haji dan umrah bagi semua yang ingin menunaikan ibadah itu setiap tahun.
Sumber : Harian Metro