Apabila bercuti, pastinya kita mahukan resort yang memberi kualiti perkhidmatan dan servis terbaik supaya dapat memberikan kita pengalaman bercuti yang tak dapat dilupakan.
Bila berkata berkenaan resort dengan kualiti terbaik, mungkin ramai antara kita akan terfikir resort mewah di luar negara.
Tapi jangan tak tahu, rupa-rupanya ada 5 resort dari Malaysia yang tersenarai dalam kelompok 25 resort terbaik di Asia dalam anugerah Readers' Choice Awards dari Condé Nast Traveler.
Agak-agak resort mana yer tu? Haa, jom kita tengok. Mana tahu kalau ada rezeki anda boleh plan untuk bercuti di resort-resort ini nanti.
One & Only Desaru Coast
One & Only Desaru Coast terletak di antara hamparan hutan kanopi dan pantai yang indah di hujung tenggara Malaysia.
Dalam jarak kurang daripada 1 km dari Pantai Desaru, One&Only Desaru Coast ialah resort ultra-mewah yang sempurna dengan lautan biru dan landskap yang subur.
Ia menawarkan penginapan dengan sebuah restoran, parking peribadi percuma, penggunaan basikal percuma, dan kolam renang luaran. Antara kemudahan yang disediakan di tempat penginapan ini adalah perkhidmatan bilik, kelab kanak-kanak, dan WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Terdapat pusat kecergasan, hiburan malam dan kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam.
Bilik-bilik lengkap dengan bilik mandi peribadi. Beberapa bilik di resort ini juga mempunyai ruang tempat duduk.
One&Only Desaru Coast berada pada kedudukan ke-6 daripada keseluruhan senarai 25 resort terbaik di Asia dengan markah keseluruhan 98.99
The Ritz-Carlton Langkawi
Berada pada kedudukan ke-7 adalah Ritz-Carlton Langkawi dengan markah keseluruhan 98.97.
Bagi golongan T20, jenama Ritz-Carlton di seluruh dunia bukanlah jenama yang asing dalam industri perhotelan. Salah satu cawangan Ritz-Carlton adalah di Langkawi.
Berbeza dengan kemeriahan Langkawi yang kita ketahui, resort ini tersorok di Jalan Pantai Kok, jauh dari kesibukan Pekan Kuah dan hiruk-pikuk Pantai Chenang.
Resort ini merupakan lokasi ideal bagi golongan elit untuk mendapatkan rehat dan ketenangan, ditemani kehijauan alam dan laut biru.
Four Seasons Resort Langkawi
Di Tanjung Rhu, sisi lain Pulau Langkawi pula terletak sebuah lagi resort mewah berjenama antarabangsa yang juga tidak asing iaitu Four Seasons Resort.
Resort yang dibuka sejak tahun 2005 ini menduduki tangga ke-14 dengan markah 97.54.
20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, anda akan tiba di Four Seasons Resort yang terletak dalam kawasan UNESCO World Geopark. Menginap disini sudah pastinya akan memberikan anda satu pengalaman istimewa.
Resort ini cukup luas dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti berkelas tinggi untuk kegunaan para tetamu mereka.
The Datai Langkawi
Masih lagi di Langkawi, kali ini adalah The Datai Langkawi yang berada di kedudukan ke-15 dengan markah 97.23.
Berbeza dengan 2 resort sebelum ini di Langkawi, The Datai betul-betul tersorok di dalam hutan hujan tropika. Setiap villa disini pasti akan memberikan anda ketenangan umpama berada dalam santuari.
Resort ini dimiliki oleh sebuah anak syarikat milik Khazanah Nasional, iaitu syarikat permodalan milik negara.
Pangkor Laut Resort
Pangkot Laut Resort pula berada meraih 94.68 markah keseluruhan untuk menjadikannya berada di kedudukan ke-23.
Sebahagian villa di sini berada di atas air menjadikannya sebagai resort ala-Maldives di Malaysia.
Untuk senarai penuh 25 resort terbaik Asia seperti yang diundi oleh orang ramai dalam anugerah Readers' Choice Awards dari Condé Nast Traveler, anda boleh rujuk disini.