Kalau bercuti dekat Penang, nak tenang-tenang, jangan booking hotel dekat Batu Ferringhi tu. Situ sesak dan padat, dah la kebanyakannya pelancong luar. Seksi seksa semua ada. Kesian anak-anak terpaksa tengok.
Kalau resort kayangan tu memang tenang tapi tu la harganya mahal sangat. Tambahan kalau waktu puncak, boleh beribu-ribu harganya.
Keunikan Teluk Bahang
Jadi kami cadangkan untuk anda lebih baik lajak sikit ke belah Teluk Bahang.
Lokasi Teluk Bahang ni hauh dari kesibukan Batu Ferringhi apatah lagi Georgetown. Tapi jauh-jauh ni jangan ingat tak ada apa pulak.
Teluk Bahang ni lah terletaknya banyak destinasi pelancongan menarik di Pulau Pinang seperti Entopia, Taman Negara Pulau Pinang, Cafe Belimbing (roti jala giant), Taman Rimba, dan taman tema Escape. Kiranya siapa yang sukakan 'nature' memang patut lah ke sini.
Bahang Bay Hotel
Di sini juga ada satu hotel harga marhaen yang ramai orang tak tahu iaitu Bahang Bay Hotel.
Hotel ni boleh tahan baru. Cantik lagi, hotel baru bangunan baru. Dibuka pada awal tahun 2020 selepas itu berlaku PKP menyebabkan ia ditutup sementara.
Kalau menginap pula disini, anda boleh tengok semua perabot adalah terkini dan apabila anda masuk seolah anda adalah tetamu pertama yang menginap. Turut disediakan fasiliti seterika, ironing board, cerek air, peti ais kecil semuanya baru.
Alamat
Bahang Bay Hotel, 15, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang