Bercuti di tengah-tengah kebun buah-buahan? apa kata anda cuba merasai sendiri pengalaman bermalam di dusun durian di Tampin.
Durian Ecolodge
Ini adalah Durian Ecolodge, Kampung Pondoi, Tampin, Negeri Sembilan.
Pemandangan Menarik
Menginap di sini, anda bakal menikmati pemandangan indah dusun durian dikelilingi kawasan berbukit dan sangat sesuai dijadikan destinasi untuk beristirehat. Tambah-tambah pula di waktu senja, pemandangan yang bakal anda saksikan cukup memukau.
Datang masa musium durian, boleh terus makan durian baru gugur !
Lokasi Instagrammable
Walaupun dusun durian, kawasan ini tetap dihiasi dengan pelbagai prop dan tarikan yang menjadikan dusun ini sangat cantik dan sesuai untuk menjadi port 'OOTD' anda !
Kemudahan Lengkap
Haaa, jangan ingat menginap di dalam dusun durian tak ada kemudahan macam hotel. Disini ada juga kolam renang untuk anak-anak mandi sambil menghirup udara segar.
Pelbagai Jenis Bilik
Disini, anda boleh memilih pelbagai jenis unit penginapan yang disediakan atau anda juga boleh memilih untuk berkhemah untuk pengalaman yang lebih mencabar,
Alamat
Durian Ecolodge, Lot 363, Batu 9, Jln Tampin-Gemas, Kampung Pondoi, 73000 Tampin, Negeri Sembilan