Putrajaya memang selalu menjadi destinasi hujung minggu buat warga kota Kuala Lumpur. Mana tidaknya, lokasinya tidak terlalu jauh, hanya 1 jam perjalanan tetapi suasana bandar dalam tamannya memang benar-benar boleh buatkan kita merehatkan minda.
Putrajaya juga terkenal dengan pelbagai taman untuk bersiar-siar dan anak-anak melakukan aktiviti. Kadang-kadang sehari pun tak cukup untuk bersiar-siar di Putrajaya, kena juga tidur disini supaya lebih banyak aktiviti dilakukan.
Terdapat pelbagai unit penginapan dan hotel di Putrajaya, tetapi kali ini kami nak cerita berkenaan satu hotel yang baru dibuka di Putrajaya iaitu Mercure Living Putrajaya.
Lokasi & Kawasan Sekitar
Hotel ini terletak di bangunan Shaftsbury Putrajaya. Bangunan ini dah lama berdiri disini, tetapi hotel ini baru ya. Dahulu bangunan ini dihuni oleh hotel lain. Di bawah bangunan Shaftsbury ada kafe Starbucks dan restoran makanan segera McDonalds.
Bangunan Shaftsbury ini juga terletak berhadapan kompleks membeli-belah Alamanda Putrajaya. Jadi, sangat senang untuk makan-makan, membeli-belah, menonton wayang dan pelbagai lagi.
Antara tarikan pelancongan yang berdekatan dengan Mercure Living Putrajaya adalah Secret Garden Putrajaya. Tangga Putrajaya, Taman Putra Perdana, Taman Botani Putrajaya, Astaka Morocco dan pelbagai lagi.
Spesifikasi Hotel
Paling best hotel ni adalah ianya merupakan hotel apartment. Bermakna kesemua unit di sini besar-besar, ada ruang tamu, dapur, ruang makan dan bilik. Tak macam bilik hotel biasa yang masuk-masuk terus katil tu. Kalau hotel kecil & semput nak 'staycation' pun tak feel, kannn.
Ada 299 unit apartment yang terdiri daripada unit studio, apartment 1 bilik dan juga apartment 2 bilik. Memang sesuai untuk keluarga, tak perlu bawa toto dan suruh anak tidur bawah.
Peralatan dapur, microwave, peti ais bersaiz besar pun disediakan yaaa, boleh masak-masak. Heeee.
Kolam renang pula, kami dah survey kesemua kolam renang hotel di Putrajaya, kolam renang sini paling besar. Bersaiz 52 Meter ya dan menggunakan air masin. Siap ada permainan air untuk kanak-kanak.
Antara kemudahan lain adalah kemudahan menjamu selera, ruang istirehat (lounge), co-working space dan enam bilik mesyuarat. Kemudahan riadah lain adalah gimnasium, gelanggang tenis, taman permainan kanak-kanak dan spa.
Maklumat lanjut dan tempahan boleh klik disini
Alamat
Mercure Living Putrajaya, Block A Menara Shaftsbury, 62000 Putrajaya