HalalXPlorer Logo
festival perbadanan putrajaya
21 September 2024

Festival Budaya Putrajaya 2024 Tampil Pelbagai Aktiviti Seni, Warisan & Pelancongan !

Kongsikan:

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan  kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Festival Budaya Putrajaya 2024 yang bertemakan “Perpaduan melalui Seni Budaya” selama tiga (3) hari bermula 20 hingga 22 September 2024 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Program ini akan menampilkan pelbagai aktiviti seni, budaya, warisan serta pelancongan dan ia terbuka kepada orang awam.

Festival Budaya Putrajaya 2024 Tampil Pelbagai Aktiviti Seni, Warisan & Pelancongan !

 Matlamat utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum, sambil mengetengahkan seni dan warisan Malaysia kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Program ini dijangka dapat meningkatkan kesedaran umum tentang pentingnya memelihara dan mempromosikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik. Program yang menjadi tumpuan orang ramai setiap tahun ini diteruskan atas saranan YAB Perdana Menteri untuk menjadikannya sebuah program tahunan/ signature program kerana berpotensi untuk menarik kemasukan pelancong asing.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan  kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Festival Budaya Putrajaya 2024 yang bertemakan “Perpaduan melalui Seni Budaya” selama tiga (3) hari bermula 20 hingga 22 September 2024 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Program ini akan menampilkan pelbagai aktiviti seni, budaya, warisan serta pelancongan dan ia terbuka kepada orang awam.

Secara tidak langsung, usaha ini dapat menyumbang ke arah mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Penglibatan pelancong tempatan dan antarabangsa akan dapat membantu memperkukuhkan industri pelancongan negara serta meningkatkan pendapatan ekonomi setempat.

Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung pada tahun 2024 ini. Antaranya, Malam Gala Warna Warni MADANI iaitu acara utama festival kali ini.

Selain itu, ada juga Pameran Demonstrasi dan Interaktif Seni Budaya Warisan, Penjualan Produk Kraf, Produk Komuniti dan Produk Tradisional, Pameran dan Jualan Produk Pelancongan Domestik dan Antarabangsa, Pencungkilan Bakat Seni dan Budaya, Persembahan teater secara PERCUMA bertajuk “Cinta Ahmad Mutawakkil”, Program Jelajah Makan Putrajaya yang menampilkan 76 vendor makanan serta Pavilion pameran Indahnya Putrajaya.

Festival Budaya Putrajaya 2024 Tampil Pelbagai Aktiviti Seni, Warisan & Pelancongan !

Turut serta adalah pameran pelancongan tempat-tempat menarik di Putrajaya seperti Glow Glamping Wetland Putrajaya, Pulse Grande Hotel, Souq Putrajaya, Cruise Tasik Putrajaya, Dorsett Putrajaya dan banyak lagi !

Festival Budaya Putrajaya 2024 Tampil Pelbagai Aktiviti Seni, Warisan & Pelancongan !
Festival Budaya Putrajaya 2024 Tampil Pelbagai Aktiviti Seni, Warisan & Pelancongan !

Acara kemuncak bagi program ini ialah Majlis Perasmian Malam Gala Warna Warni MADANI yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 21 September 2024, jam 8.00 malam. Orang ramai dijemput hadir ke acara tersebut bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA