Shoppers, bersedia untuk level-up game shopping korang sebab Mitsui Outlet Park bakal dibuka di LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC)! KL finally dapat taste of premium outlet shopping right in the heart of the city.
Baru-baru ni, gambar-gambar outlet ni yang tengah dalam proses pembangunan di tingkat 3 LaLaport BBCC mula viral di media sosial. Hype semakin membara, tapi setakat ni masih tiada pengumuman rasmi tentang tarikh pembukaannya. So, stay tuned!
Shopping & Rewards? Yes, Please!
Nak lagi best, Mitsui Outlet Park dah introduce loyalty programme baru – Mitsui Shopping Park MY App.
"Unlock exclusive rewards with Mitsui Shopping Park MY Points (MSP) Loyalty Programme! Sign up now and make every visit to LaLaport BBCC even more rewarding!"

Sounds tempting kan? Dengan app ni, korang boleh kumpul points dan enjoy pelbagai rewards eksklusif.
The First Outlet Concept Shopping in Bukit Bintang
Dijangka menjadi tarikan utama di LaLaport BBCC, Mitsui Outlet Park membawa konsep premium shopping dengan branded items pada harga outlet yang lebih murah. Perfect untuk korang yang suka hunting for stylish bargains!
LaLaport BBCC itself bukan calang-calang – projek bernilai RM1.6 bilion ni ada enam tingkat dengan lebih 400 retail stores, menjadikannya sebahagian besar daripada pembangunan urban RM8.7 bilion Bukit Bintang City Centre.
Projek ni adalah hasil usaha Japan’s Mitsui Fudosan Co Ltd melalui subsidiarinya di Malaysia, MFBBCC Retail Mall Sdn Bhd, bersama BBCC Development Sdn Bhd (gabungan UDA Holdings Bhd, Eco World Development Group Bhd, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).
Global & Lokal – The Best of Both Worlds
Mitsui Fudosan bukan nama asing dalam industri retail – mereka dah operate 16 LaLaport malls di Jepun dan memperluaskan sayap ke Shanghai sebelum ni. Malaysia jadi destinasi terbaru, dan Mitsui Outlet Park KLIA Sepang pun dah terbukti sebagai shopping spot kegemaran locals dan tourists.
"Mitsui Outlet Park at LaLaport BBCC bakal jadi fenomena baru sebab lokasi strategik dan akses mudah kepada pengangkutan awam. Dengan pelaburan besar, ia dijangka menjadi kejayaan besar," kata seorang insider dalam industri.
Dengan kombinasi luxury & mid-range brands, sportswear, home décor, dan speciality stores, tempat ni bakal jadi syurga shopping baru di KL. So, siapa excited? Jangan lupa set reminder untuk opening date nanti!