HalalXPlorer Logo
sarawak air borneo
17 February 2025

Sarawak Jadi Negeri Pertama Ada Syarikat Penerbangan Sendiri, AirBorneo !

Kongsikan:

AirBorneo: Sarawak’s Own Airline Takes Off!

Sarawak just made history, guys! Negeri ni jadi yang pertama di Malaysia ada syarikat penerbangan sendiri dengan pelancaran AirBorneo. Finally, lebih banyak pilihan penerbangan dengan harga lebih berpatutan untuk rakyat Borneo!

image

MASwings No More – Hello, AirBorneo!

Kerajaan Sarawak rasmi ambil alih MASwings selepas meterai perjanjian dengan Malaysia Aviation Group (MAG). Dengan langkah ni, Sarawak bukan je jadi hab penerbangan utama untuk Borneo, tapi juga pintu masuk ke ASEAN. Confirm lebih banyak peluang ekonomi dan pelancongan akan masuk!

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, cakap AirBorneo akan fokus pada penerbangan luar bandar dulu sebelum expand ke peringkat antarabangsa. Destinasi macam Jerman, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, dan Thailand antara dalam perancangan. Big moves!

Tambang Berpatutan, Servis Padu!

Tak cukup dengan connectivity power, AirBorneo juga beroperasi sebagai Full-Service Carrier (FSC). So, expect servis dalam penerbangan yang lebih best!

Sarawak juga plan nak bina lapangan terbang antarabangsa baru di Kuching untuk upgrade connectivity. Kalau semua jadi kenyataan, memang next-level la industri penerbangan Sarawak!

Future of AirBorneo?

AirBorneo akan buat strategic partnerships dengan airlines lain, termasuk Malaysia Airlines, untuk kembangkan lagi network penerbangan. Confirm lebih banyak route menarik akan dibuka nanti!

So, siapa excited nak terbang dengan AirBorneo? Sarawak semakin maju ke hadapan dengan langkah ni, dan kita semua boleh expect perjalanan yang lebih smooth & murah dalam dan luar negara! Stay tuned for more updates!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA