Malaysia Airlines telah mengikuti jejak langkah Air Asia dan juga Malindo Air yang memperkenalkan satu pakej kelas penerbangan baharu tanpa bagasi percuma. Kelas penerbangan baharu 'Economy Lite' itu ditawarkan di semua penerbangan domestik dan antarabangsa kecuali penerbangan ke Madinah dan Jeddah berkuat kuasa 8 April 2019.
Walaupun bagaimanapun, penumpang 'Economy Lite' masih boleh membawa bagasi “hand carry” secara percuma sebanyak 7kg.
Jadual penuh berat bagasi datar masuk percuma mengikut kelas penerbangan adalah seperti berikut:
Jadi, selepas ini jika anda mahukan tiket penerbangan yang lebih murah, anda boleh menempah 'Economy Lite', namun pastikan gaya travel anda juga 'lite'. Pastikan tiada barang yang berat, dan beg yang besar.
Jika anda memerlukan bagasi yang lebih besar, jangan silap tempat. Pastikan anda menempah sekurang-kurangnya 'Economy Basic'.