Hey Minion lovers, berita baik untuk korang! Minion Land yang serba baharu akhirnya dibuka di Universal Studios Singapore!

Didedikasikan khas untuk semua peminat Despicable Me dan Minions, kawasan bertemakan Minion ini akan bawa korang ke dunia penuh warna-warni yang dipenuhi dengan Minions yang comel dan nakal! Ada pelbagai ride menarik termasuk Despicable Me Minion Mayhem (simulator animasi) dan Buggie Boogie, carousel eksklusif yang hanya ada di sini!

Jom kita selongkar apa yang best dekat Minion Land!
Apa Itu Minion Land?
Minion Land adalah zon terbaharu di Universal Studios Singapore yang dibuka secara rasmi pada 14 Februari 2025. Di sini, korang boleh merasai pengalaman sebenar dalam dunia Despicable Me dan Minions! Bertemu dengan Minions, menikmati tarikan bertemakan Minions, dan banyak lagi.
Macam Mana Nak Dapat Tiket?
Senang je! Korang cuma perlu beli tiket masuk ke Universal Studios Singapore dan secara automatik boleh masuk ke Minion Land tanpa perlu bayar extra. Best, kan?

Apa Yang Menarik di Minion Land?
1. Terokai Tiga Zon Bertemakan Minions
Minion Marketplace
Suka OOTD? Zon ni memang tempat wajib untuk bergambar! Dengan deretan kedai bertemakan Minions, korang boleh snap gambar depan Sweet Surrender, mesin gula-gula gergasi dengan Minions yang sedang bergayut.

Selain tu, Minion Marketplace juga ada banyak cenderahati Minions! Dari plush toys ke pakaian eksklusif, semuanya ada di sini.
Gru’s Neighbourhood
Bertemu dengan Gru, Lucy, dan anak-anak mereka – Margo, Edith, dan Agnes! Di sinilah korang boleh rasai keseronokan Despicable Me Minion Mayhem, ride simulator yang akan bawa korang masuk ke dalam makmal rahsia Gru dan menjadi Minion untuk satu misi penuh huru-hara!

Super Silly Fun Land
Korang mesti ingat taman tema pantai dalam Despicable Me kan? Nah, Super Silly Fun Land adalah versi real-life tempat tu! Ada banyak permainan carnival klasik dan makanan bertemakan Minions yang confirm buat korang excited!

Buggie Boogie – Carousel eksklusif dengan tema party Minions! Naik ride ni dan menari ikut lagu remix oleh DJ Carl.


Silly Swirly – Pusing-pusing dalam kabin bug Minions sambil menikmati pemandangan Super Silly Fun Land.


Space Killer & Ba-Na-Na CaBaNa! – Game carnival yang boleh bagi korang peluang menang plushie Minions!


2. Makanan Bertemakan Minions yang Comel & Sedap!
Lapar? Jangan risau, banyak tempat makan best di sini!
Super Hungry Food Stand – Hidangan seperti Japanese Chicken Karaage Curry Rice, Vegan Burger, dan Rainbow Cheesecake ala Fluffy.

Gerai Ais Krim – Pilihan swirly slushie dan ais krim dengan perisa Raspberry & Vanilla untuk sejukkan tekak.

Pop-A-Nana – Gerai popcorn dengan dua pilihan perisa: Salted dan Banana!

3. Shopping Barangan Eksklusif Minion Land!
Tak sah kalau tak beli cenderahati eksklusif! Untuk pelancaran Minion Land, ada Super Silly Space Killer figures edisi terhad, koleksi pakaian, aksesori, dan barangan rumah bertemakan Minions.

P/S: Kalau korang datang bulan Mac, jangan lupa dapatkan Minion Sakura Collection yang rare – Minions dalam suasana cherry blossom!
4. Show & Meet-and-Greet Karakter Minions!

Jangan balik dulu sebelum jumpa geng Minions dan keluarga Gru dalam pertunjukan Minute of Minion Mayhem! Pastikan kamera sentiasa standby untuk snap gambar dengan mereka!
Jom Serbu Minion Land!
“Kami sangat teruja membawa Minion Land ke Universal Studios Singapore dan memberikan pengalaman luar biasa kepada semua peminat di Asia Tenggara,” kata Lee Shi Ruh, Presiden RWS. “Dengan tarikan, hiburan dan makanan eksklusif, Minion Land pasti jadi tempat wajib lawat untuk pengunjung tempatan dan antarabangsa.”

So, tunggu apa lagi? Minion Land dah rasmi dibuka – masa untuk serbu!