Siapa kata naik economy class kena berpuas hati dengan servis biasa-biasa? Seorang bekas pramugari Singapore Airlines, Wong Sheau Qian, baru-baru ni bocorkan beberapa ‘hacks’ menarik yang ramai tak tahu—termasuk minuman percuma, makanan ekstra, dan birthday cake!
Dalam dua video TikTok yang viral dengan hampir 600,000 views, Wong, 24, yang pernah bekerja selama tiga tahun dengan syarikat penerbangan tu, kongsi semua benda best yang korang boleh dapat tanpa bayar lebih!
1. Free Minuman Premium!
Jangan ingat naik economy class minuman terhad kepada air kosong je. Sebenarnya, korang boleh order pelbagai jenis air secara percuma!
Sebenarnya dalam video asal, Wong bagitahu penumpang boleh order macam-macam air alkohol, tapi disebabkan tu haram, kami takkan promote kat sini. Instead, korang boleh order :
- Teh hijau, teh jasmine, Milo, susu panas
- Jus yang tak ramai tahu ada: jus nenas & tomato (tapi tiada jus anggur, jambu, atau tembikai)
Menurut Wong, kalau request minuman yang tak ada dalam menu biasa pun, pramugari tetap akan buatkan untuk korang—Singapore Airlines punya layanan memang top!
2. Nak Makan Lebih? Boleh Je!
Kalau lapar lagi lepas makan, boleh request second meal! Tapi ada syarat—hanya jika ada extra dan semua penumpang dah dapat hidangan mereka.
Ada juga ‘trick’ kalau nak jadi antara orang pertama dapat makanan—request special meal masa booking tiket! Special meal ni termasuk vegetarian meal, low calorie meal, dan low lactose meal.
Dan kalau flight panjang, ada banyak snack percuma macam:
- Cup noodles & biskut (untuk penerbangan pendek)
- Muffin & granola bars (untuk penerbangan panjang)
3. Birthday Cake Percuma!
Sambut birthday, anniversary, atau honeymoon dalam flight? Minta je kek percuma! Tapi kena request awal sebelum flight, bukan masa dah duduk dalam kapal terbang, sebab crew tak boleh ‘bake on the spot’.
4. Freebies Extra – Barang Khas Untuk Penumpang
Ada banyak barang yang korang boleh request secara percuma, termasuk:
- Earplugs, eye masks, dental kits, sikat, shaver, sanitary pad
- Stoking (untuk flight lebih 7 jam), playing cards, writing pads, pen
- Sewing kit & nail file – kalau tiba-tiba ada wardrobe malfunction, jangan panik!
Tapi barang ni terhad, so request kalau betul-betul perlu je.
Nak Penerbangan Lebih Best? Take Note Tips Ni!
Dengan semua hack ni, naik economy class pun boleh rasa macam first class! Kalau ada plan nak naik Singapore Airlines, pastikan korang guna semua tips ni supaya perjalanan lebih enjoy & berbaloi!
Tag geng travel korang yang suka freebies!