Lapangan terbang memang tempat paling senang buat orang ‘terbakar duit’ tanpa sedar. Harga makanan mahal, parking melampau, dan duty-free yang tak berapa ‘free’ pun!
Seorang bekas pramugari, Arina Bloom, kongsi 10 cara nak elak pembaziran masa travel—jimat duit, tapi tetap travel dengan selesa.
1. Jangan Gopoh Beli Tiket Business Class – Upgrade Last Minute Lagi Murah
Nak duduk business class tapi harga mahal? Beli tiket economy dulu, pastu minta upgrade di kaunter check-in atau gate sebelum boarding. Tambah-tambah pulak kalau travel time weekdays ataupun off season !
Kenapa? Kalau ada seat kosong, kadang-kadang staff boleh upgrade percuma atau dengan caj jauh lebih murah berbanding harga asal. Tapi kena datang awal & senyum manis dekat staff!
2. Air Mineral di Airport? Bawak Botol Sendiri!
Harga sebotol air kat airport boleh beli 2-3 botol dekat luar. Tapi, tak boleh bawa air lebih 100ml masuk security kan?
Hack: Bawa botol kosong dari rumah & refill di water fountain dalam airport. Nak air masa dalam flight? Minta refill je dengan pramugari!
3. Tak Perlu Belanja Lebih Untuk Makanan Airport
Ramai ingat tak boleh bawa makanan sendiri, padahal kebanyakan airport benarkan bawa makanan pejal (contoh: sandwich).
Jadi, Beli makanan siap-siap dari luar – lagi murah & portion lebih besar dan Jangan bawa makanan basah – senang kena tahan di imigresen
Untuk penerbangan antarabangsa, habiskan makanan sebelum mendarat sebab ada negara tak benarkan bawa masuk makanan segar.
4. Ada Cecair Lebih 100ml? Bekukan Dulu!
Kalau ada cecair lebih 100ml (macam skincare atau susu ibu), bekukan dulu sebelum masuk security.
Kenapa berkesan? Cecair beku dikira sebagai ‘solid’ dan boleh lepas pemeriksaan jika masih keras. Tapi pastikan ia dibungkus kemas supaya tak cair awal.
5. Duty-Free Tak Selalu Berbaloi
Jangan mudah terpedaya dengan tanda "DUTY-FREE = MURAH". Banyak barang kat situ boleh dapat lebih murah online atau di kedai biasa.

Tip: Kalau nak beli, check dulu harga online sebelum beli kat duty-free. Kadang-kadang tak ada beza langsung!
6. Tiket Murah Selalunya Ada Hari Tertentu
Nak beli tiket murah? Jangan beli hujung minggu! Harga tiket selalunya lebih rendah pada:
- Selasa & Rabu – harga lebih stabil & murah
- Pilih tarikh fleksibel – bandingkan harga beberapa hari sebelum & selepas
7. Jangan Beli Makanan Dalam Flight – Mahal & Kecil!
Kalau naik penerbangan yang tak include sekali makanan, tak payah beli ! Makanan dalam kapal terbang kecil, mahal, & tak kenyang pun.
Daripada bazir duit, baik:
- Makan siap-siap sebelum naik flight
- Bawa makanan ringan sendiri (biskut, coklat, sandwich)
8. Parking di Airport Mahal Gila!
Kalau tinggal kereta kat airport, bersedia untuk bayar harga cekik darah—sesetengah tempat caj RM70 sehari!
Alternatif lebih murah:
- Minta tolong family atau kawan hantar
- Ambil teksi/e-hailing – lebih murah kalau trip panjang
- Cari parking luar airport & naik shuttle ke terminal
9. Tukar Duit di Airport? Big No!
Rate tukaran wang di airport memang tak mesra poket. Kalau dah terdesak sangat, tukar sekadar cukup untuk tambang teksi je.
Better tukar kat:
- Bank & money changer luar airport – rate lebih stabil
- Shopping mall – kadang-kadang lebih murah dari bank
10. Setia Dengan Satu Airline = Banyak Freebies!
Kalau selalu travel, cuba stick dengan satu syarikat penerbangan dan daftar loyalty program.Faedah jangka panjang:
- Dapat mata ganjaran untuk tiket percuma
- Free checked baggage
- Access ke lounge premium dengan makanan & minuman percuma
Kesimpulan
Lapangan terbang memang tempat paling senang habiskan duit tanpa sedar. Tapi dengan tips ni, korang boleh jimat banyak & tetap enjoy perjalanan!
Tag kawan travel korang yang selalu ‘terbakar’ duit kat airport!