MASwings menawarkan promosi tambang menerusi kempen 'Jom Balik Undi' sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Harga promosi bermula daripada RM135 bagi perjalanan sehala dibuka untuk tempahan mulai 1 November sehingga 30 November 2022 dan ia bagi perjalanan sehingga 31 Disember 2022.
Selain itu, kekerapan penerbangan juga akan ditambah daripada 21 kali seminggu kepada 28 kali seminggu bagi Miri-Labuan, Miri-Sibu, Kota Kinabalu-Lahad Datu dan Kota Kinabalu-Labuan bermula 18 hingga 21 November.
Bagi penerbangan Kuching-Limbang, operasi semasa MASwings pada Isnin, Khamis dan Sabtu akan ditambah kepada dua kali sehari pada 18 dan 20 November.
MASwings juga akan membuat penerbangan tambahan untuk memenuhi lonjakan permintaan yang dijangkakan bagi beberapa laluan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
MASwings, sebagai nadi Borneo, komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai bagi menyokong dan melancarkan pergerakan sempena PRU15.
Pengundi tempatan digesa pulang ke kampung halaman masing-masing supaya dapat menunaikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia.
Kami menggalakkan semua pengundi dan pelanggan untuk membuat tempahan lebih awal supaya tidak kecewa dan terlepas tawaran MASwings.